Iklan

Saturday, December 12, 2015

Lembaran Baru si anak kecil

Muhamad Fahiim Hanania
Kali pertama memandang wajahmu
Mak rasa bahagia 
Ketika itu kamulah segalanya
Dan ketika ini juga perasaan itu masih sama
Mak akan sentiasa disisimu walau apa jua keadaan yang datang
Itu janji mak

Masa sangat pantas berlalu
Hingga bau-bau harum syurga telah hilang dan akhirnya menyedarkan mak
Bahawa kamu kini telah beralih ke fasa baru iaitu zaman kanak-kanak

Seperti janji-janji mak...
Yang terbaik sentiasa mengiringi kamu
Pergilah kamu menuntut ilmu, bergaul dan menambah lagi lembaran baru hidupmu
Mak kini sedar anak mak semakin besar
Mak juga sedar mak makin tua 

Yang berlalu itu suma kenangan
Mak simpan semuanya rapi didalam memori ingatan mak
Semoga berjaya anakku menempuh perjalanan hidup ini T_T


Bakal pelajar 5 tahun. PASTI.

Nukilan hati.


No comments: