Iklan

Tuesday, December 8, 2015

Kenangan Terindah di Labour Room version 2014

Nah tajuk baik pnya 😁
Okay mari kita throwback...

Bersamaan ari ahad. 
Aku dah kena check in kat hospital memandang aku ada GDM on diet control atau pun nama kampungnya kencing manis. Hehe. So aku takleh bersalin lebih dr due. Due aku mmg 08122014. Last checkup kat KK Bangi, nurse dah pesan kena check in hospital sehari sebelum. So pagi2 dh siap ditemani emak n laki aku. Mula2 anta abang MFH. Sedey tgglkan dia kat umah mil tp tahan jelah. Salam2 mil mintak doa pastu kitorg pg breakfast dulu. Macam biasalah sbb abgnya dah beranak kat Hospital Putrajaya so kali ni nk pg sana gak. Sampai hospital aku pg terus labour room. Igtkan mcm dulu nk check2 kat situ, tp aku silap sbb aku lom sakit lagi. Haha. nurse suruh turun pg kaunter pendaftaran. Tunggu pnya tunggu lama gak lah, dekat tghari dah baru nama kena panggil. Dia suruh balik dulu sbb katil penuh nnt dlm kul 2 cmtu dorg call. Maka kitorg baliklah dulu, beli mkn lunch plak kt umah. Ngam2 siap makan n baring jap, dapat call dr hospital suruh dtg. Alhamdulillah ada rezeki beranak kat hospital putrajaya. Pastu dh masuk wad tukar uniform, soal jawab bagai. Doktor ckp kena induce esok pagi kul 8. Aku pn dgn redha n berdebar tggu lah masa nk induce esoknya. Tak boleh tido kot mlm tu sbb teringat kat anak, laki n induce. Pastu dalam kul 4-5 pagi cmtu aku pg kencing tapi mamai sikit, aku rasa mcm byk lendir jer. aku lap tgk takde kaler2 pn, putih jernih. Aku pn buat tak tau n sambung tido.

8122014
Pagi2 dah bangun. mandi kasi wangi2. Kejap lagi doktor nak induce sudah.
Dalam kul 8 camtu aku pn bergerak menuju ke destinasi. Kat luar pintu dah ada sorang ni tunggu. Dia pn ada GDM gak n masing2 tak pernah kena induce. Orang cakap induce ni lagi extra sakit so kitorg takut2 gak lah. Pastu tiba masa doktor panggil, dah takut sape nak pg dulu ni. Aku dengan rela hati pegi lah dulu sbb cepat pegi cepat lah selesai. Ye tak? Sblm induce tu doktor mmg akan check jalan, so doktor ckp nak buat VE dulu lah. Check pnya check sekali jalan sudah bukak daaa 4 CM. erkkk. doktor ckp, Eh jalan dah bukak lah, awk tak rasa ye. aku ckp tak rasa pn pastu teringat plak yg pukul 4 pagi tu ada lendir2 kuar. patutlah, air ketuban dah kuar ler tu. so tak jadi lah induce. doktor ckp nak pecahkan air ketuban plak. Nurse datang sediakan peralatan suma. Time pecahkan air ketuban ni terus ingatkan aku time abang MFH dulu. Mmg pecahkan air ketuban agak menyeksakan. huhu. Pastu doktor masukkan ubat berak gak. Dah settle aku balik kat katil dengan tenang. =D Doktor suruh breakfast dulu tapi breakfast tak sampai2. Aku pn makan lah bekalan kurma aku bawak semalam. 10 biji aku makan. Dah abes 10 biji kurma, baru datang breakfast roti n susu. aku bedal gak. haha. 

n aku pn sempat selfie hahaha

dalam 9 lebih doktor lain plak datang pasang drip kat tangan tu. lepas tu datang nurse bawak kerusi roda nk hantar aku ke labour room. aku dah prepare barang baby siap2 dalam beg kecik.
sampai kat labour room mcm biasa lah kena tukar baju putih yg bertali kat belakang tu pastu aku pn baring kat katil, nurse pasang alat ctg kat perut, pastu datang doktor 2 org, tnya soalan macam2. yang aku ingat dia tnya 1st baby bape kg? aku cakap 3.48kg pastu dia rasa2 perut aku, okay jangan risau yang ini mungkin dalam 3.2kg jer. aku pn ya kan jelah. aku mmg takde rasa sakit pape pn so just relax tgk sekeliling sambil selfie haha. tapi takleh letak sini. censored
aku sempat update status kat fb pastu aku still wassap ngan kwn2 terdekat.
pastu datang doktor lain plak, dia nak offer aku epidural n injection bagi ngantuk tu, aku cakap tak payah lah dulu sbb aku takut nk cucuk, doktor tu gelak. Dia cakap u lagi tak tahan sakit cucuk dari sakit bersalin. yelah aku cakap. pastu sempat lagi pesan kalau nak bagitau awal ye.


tak lama pastu datang lah laki aku. Dia pn relax jer kali ni main hp. kalau dulu  dia lah yang paling cuak. ni siap mencari nama anak lagi. pastu sakit aku pn datang, aku rasa datang yang 5 minit tu. nurse mmg takde kat situ, dorg tinggal jer aku n laki aku, pastu dalam pukul 11.15 camtu aku rasa sakit yang takleh tahan sangat sampai aku cakap tak nak lah lepas ni. merayu2 kat laki aku. haha. sebab tak tahan giler sakitnya. Aku pun suruh laki aku panggil nurse, tekan button tu jer pun. Nurse datang check, terkejut n gelabah sbb baby dah dekat nak keluar, dia suruh aku teran jer tapi ada lagi 1 nurse suruh aku tahan sementara dia nak bukak barang2 dia. Kelam kabut nurse tu prepare2 suma, aku pn teran 2-3 kali camtu pukul 11.35am dah selamat keluar anak aku. nurse bersih2 kan then timbang. terkejut giler anak aku tu berat lagi dari abangnya. 3.8kg. pheww berpeluh.mmg koyak weh T_T 
lepas tu nurse letak atas dada, bagi skin to skin selama sejam sambil dia menjahit, banyak plak tu sampai ke bontot. huhu.
time kat LR kali ni aku bertuah sbb yg handle aku time beranak tu kawan kepada kawan aku. kalau tak, kawan aku yang nak handle aku beranak tp shift dia lom sampai. so aku dapat lah amik gambar anak aku plus laki aku pn kemain lama duk dalam LR sampai dekat aku nak naik wad baru dia kuar.
Lepas dah settle suma, naik ke wad, anak aku kena tahan kat kaunter nurse sbbnya si kawan aku ni nak selfie plak ngan KD haha

 KD ngan kawan aku,

bambam kan KD. yelah 3.8kg kot. siap ada nurse salute kat aku leh beranak normal. Alhamdulillah rezeki beranak mudah.

Arini budak KD tu dah setahun n pengalaman terindah ni mmg langsung aku tak lupa.
2 anak 2 pengalaman yang berharga. Hanya yang alami jer tau
Kan. 

Bye~


No comments: