Iklan

Wednesday, December 16, 2015

Berita Sana Sini Sinun

Berita 1

Rupanya kerajinan aku 2 ari lepas tak sia2 setelah dapat pujian. haha. tapi bukanlah aku buat kerja tu semata2 nak dapat pujian. aku buat kerja ikhlas jer sebenarnya walaupun bosan. tapi bila ada pujian gitu baru rasa diri ini dihargai. cewah. baru ada semangat nak buat kerja yang melambak-lambak tu. tapi dah takde menggunung sangat. dah siap semalam. hehe. Yelah kita ni pg kerja dengan terpaksa tinggal anak kat nursery suma, buat kerja syiok2 asyik kena sound jer mana leh tahan kan. Bos aku cakap ini permulaan yang baik untuk aku untuk tahun 2016. Baiklah aku cuba teruskan momentum ini dengan seikhlasnya. Yeahhh

Berita 2 

Semalam aku tgh belek2 FB pasal viral sorg pompuan yg angkut anak dia dari Penang ke Kajang tu. Aku baca, anak dia plak dah kena amik ngan asben dia. Kesian weh. aku baca 1 by 1 komen2 kat situ. Macam2 ada tp banyak yang sokong dia n ada juga yang bangkang dia. Tengah baca2 n rasa kesian kat dia, tetiba kawan aku A call suruh baca whatsapp group, aku pn baca, kawan aku si N plak dah bercerai ngan laki dia. Phew~ tetiba jer weh, terus aku termenung n sedih gak lar, kenapa leh jadi camni. Kitorg bertiga (aku, A, N) kawen tahun yang sama. tahun 2010 so dah 5 tahun kot kitorg kawen.Tapi dia tak komen panjang, dia tulis Aku Dah Bercerai T_T. tu jer. tapi dia redha lah dah laki dia cakap takde hati lagi dgn dia. Alahai senang betul buat keputusan. Sebelum ni si N diam jer kat dalam group, biasa mmg ada jer. Aku ingatkan dia marah sbb aku salah date wish besday dia. Rupa-rupanya ada masalah lain. Lagi tambah kesian anak dia baru umur 2 tahun.
haihhh kesian jer yang boleh aku cakap, aku doa semoga mereka yang diuji ujian camni tabah dan kuat. huhu

Berita 3

Abang aku, bini dia no 3 (=_=') pregnant...
anak sulung kakak ipar n anak no 8 abang aku.

huhuhuuu

kbai

No comments: