Iklan

Monday, December 28, 2015

Google Photos

Salam cuti panjang 4 ari.

Kemana korg cuti lama, msti balik kampung kan, takpun mandi-manda, takpun jalan2 cuci mata. Aku anak beranak takde kemana pn. Duduk kat umah jer, jalan2 dalam rumah hehehe

Okay macam tajuk atas tu, sebelum ni aku guna google photos untuk backup gambar2 yang ada dalam hp, kena ada wifi baru dia auto backup maka selamat lah segala gambar2 dalam hp tu. Jangan risau gambar2 yang diupload adalah private. hanya untuk tontonan sendiri.

Pastu baru2 ni aku nk upload lah gambar lama2 dalam pc ni, dia boleh upload secara manual, macam kita upload gambar kat fb tu tapi macam lambat lah sikit, dah lah gambar beriban2 so agar leceh disitu. Pastu tetiba si google photos ni bg suggestion download apps dia untuk backup gambar dalam pc. aku pn apa lagi Zaasssss

Dah siap install suma, aku pn memulakan operasi, batch 1 jer dah ada 6k++ gambar, banyak tak?? entah gambar apa aku pn tak tau hehehe siap dalam masa 5 jam gitu, aku ingat ambil masa berhari2, kejap jer dah siap.

so arini aku sambung membackup gambar lama-lama yang duk dalam pen drive, cadangnya aku nak burn masuk CD, selamat gak gambar kalau masuk CD, daripada duk dalam pen drive or external hard disk, senang kena virus,

Aku suruh lah google photos menjalankan tugas, ada 10739 gambar plak yang nak kena dibackup. Kita tgk berapa lama siap di upload.

huhi banyaknya gambar. bila dah upload, bila2 masa jer boleh tgk, asalkan ada internet. hehe. kalau korg buat gak kena pergi https://photos.google.com/ untuk PC, kalau dalam HP pergi jer kat apps store dan cari google photos pastu follow jer instruction. kalau tak tau gak meh tanya iolls ni. =D

okay bye

Thursday, December 17, 2015

Beethoven - Für Elise




lepas tgk google ada cita pasal beethoven ni, tetiba jer pg layan lagu ni kat youtube haha. erk layan gak sampai mata rasa nk terpejam. zZzZz
Sebenarnya mak cakap masa lahirkan aku, klinik tmpt aku lahir tu pasang lagu ni. so ni lagu aku n aku dapat rasakan bila mak dgr lagu ni msti mak igt time lahirkan aku dulu. msti mak rindu aku yg cenonet dan comel dulu. kan . haha.

Jom layan sesama
*just for fun*

=D

Wednesday, December 16, 2015

Berita Sana Sini Sinun

Berita 1

Rupanya kerajinan aku 2 ari lepas tak sia2 setelah dapat pujian. haha. tapi bukanlah aku buat kerja tu semata2 nak dapat pujian. aku buat kerja ikhlas jer sebenarnya walaupun bosan. tapi bila ada pujian gitu baru rasa diri ini dihargai. cewah. baru ada semangat nak buat kerja yang melambak-lambak tu. tapi dah takde menggunung sangat. dah siap semalam. hehe. Yelah kita ni pg kerja dengan terpaksa tinggal anak kat nursery suma, buat kerja syiok2 asyik kena sound jer mana leh tahan kan. Bos aku cakap ini permulaan yang baik untuk aku untuk tahun 2016. Baiklah aku cuba teruskan momentum ini dengan seikhlasnya. Yeahhh

Berita 2 

Semalam aku tgh belek2 FB pasal viral sorg pompuan yg angkut anak dia dari Penang ke Kajang tu. Aku baca, anak dia plak dah kena amik ngan asben dia. Kesian weh. aku baca 1 by 1 komen2 kat situ. Macam2 ada tp banyak yang sokong dia n ada juga yang bangkang dia. Tengah baca2 n rasa kesian kat dia, tetiba kawan aku A call suruh baca whatsapp group, aku pn baca, kawan aku si N plak dah bercerai ngan laki dia. Phew~ tetiba jer weh, terus aku termenung n sedih gak lar, kenapa leh jadi camni. Kitorg bertiga (aku, A, N) kawen tahun yang sama. tahun 2010 so dah 5 tahun kot kitorg kawen.Tapi dia tak komen panjang, dia tulis Aku Dah Bercerai T_T. tu jer. tapi dia redha lah dah laki dia cakap takde hati lagi dgn dia. Alahai senang betul buat keputusan. Sebelum ni si N diam jer kat dalam group, biasa mmg ada jer. Aku ingatkan dia marah sbb aku salah date wish besday dia. Rupa-rupanya ada masalah lain. Lagi tambah kesian anak dia baru umur 2 tahun.
haihhh kesian jer yang boleh aku cakap, aku doa semoga mereka yang diuji ujian camni tabah dan kuat. huhu

Berita 3

Abang aku, bini dia no 3 (=_=') pregnant...
anak sulung kakak ipar n anak no 8 abang aku.

huhuhuuu

kbai

CD oh CD

pheww~~

CD tu Cloth Diaper bkn CD lagu tu. Entah nape ada tak kena ngan CD ni, abes KD kena rashes, sian dia. Aritu teruk beno dia kena pastu aku stop kan kejap. dah okay aku pakaikan balik ari ahad aritu, malam tadi dah merah2 kat tut dia. tgh malam sampai tak leh tdo. terpaksa tukar DD (Disposable Diaper) balik T_T.

Hasil pembacaan mungkin pasal sabun, sama ada alergik sabun or detergent build up. aduyai. tapi aku takkan give up sbb sblm ni okay jer pakai cuma baru2 ni jer lepas aku pakai sabun autumnz. Mmg rasa sedih gila. Kesian kat anak 1, kesian kat CD bebanyak tu pn ya. hehe

Mesti korang cakap, sape suh pakai CD, pakai DD kan takde masalah. Yelah tapi DD tu leh buat pencemaran + ada chemical n blablabla. 
Whateverlah aku akan cari punca jadi camtu. Orang lain pakai okay jer kan.

Bye

Tuesday, December 15, 2015

Cuti-cuti Malaysia

Tak sangka 2 ari ni aku rajin bebenor. haha. ni baru nk tulis kat blog. hehe. bulan 12 kali ni banyak lah cuti pepanjang. rasa best plak.baru minggu lepas cuti 4 ari. Khamis aku bawak budak tecit no2 pg check up, jumaat besday Sultan Selangor, pastu Sabtu n Ahad cuti biasa lah kan. Nasib tak baik office aku ni tak bagi cuti sempena Selangor menang bola, HR cakap nanti dia ganti ari lain. Kalau tak direct 5 ari aku cuti-cuti Malaysia. hehe. tapi takde kemana pn. duk berehat n main2 ngan anak kat umah. 

Minggu depan pun direct 4 ari cuti. Kekadang bila cuti lama camni rasa best ialah dapat layan anak-anak n terus ada feel nak jadi surirumah tangga. Lagi best kalau laki aku takde. Mmg dpt rasa feel surirumah tu. Bagi aku kalau aku jadi surirumah, InsyaAllah aku boleh handle suma kerja2 umah ngan baik. hehe. tapi tula keadaan skang tak mengizinkan lagi. Satu hari nantilah kot.

Tak tau nak bebel apa lagi. Nantilah plak. haha.

Saturday, December 12, 2015

Lembaran Baru si anak kecil

Muhamad Fahiim Hanania
Kali pertama memandang wajahmu
Mak rasa bahagia 
Ketika itu kamulah segalanya
Dan ketika ini juga perasaan itu masih sama
Mak akan sentiasa disisimu walau apa jua keadaan yang datang
Itu janji mak

Masa sangat pantas berlalu
Hingga bau-bau harum syurga telah hilang dan akhirnya menyedarkan mak
Bahawa kamu kini telah beralih ke fasa baru iaitu zaman kanak-kanak

Seperti janji-janji mak...
Yang terbaik sentiasa mengiringi kamu
Pergilah kamu menuntut ilmu, bergaul dan menambah lagi lembaran baru hidupmu
Mak kini sedar anak mak semakin besar
Mak juga sedar mak makin tua 

Yang berlalu itu suma kenangan
Mak simpan semuanya rapi didalam memori ingatan mak
Semoga berjaya anakku menempuh perjalanan hidup ini T_T


Bakal pelajar 5 tahun. PASTI.

Nukilan hati.


Wednesday, December 9, 2015

Kerja Yang Bosan

hermm aku tak paham lah ada jer masalah kat tempat kerja ni.Lepas 1-1 ada jer yang tak kena. Rasanya suma kerja dah settled.Bosanlah kalau kerja banyak sangat komplen.Serius aku dah bosan. dah hampir 4 tahun kat sini. Menghadap karenah manusia yang pelik.Aku rasa mungkin management ni org tua so tu kerja dia asyik nak komplen jer.Kalau komplen pasal kerja takpe gak ni pasal yang tak kena langsung ngan aku. Bengong !

Harap2 tahun depan dapatlah aku kerja kat tempat lain yang lagi bagus dari sini, tapi yelah skang ni susah dapat kerja. Terpaksa rela lah aku bersabar dulu n redha. huhu

Kalau dapat kerja kat tempat google tu msti  best. haha. Kerja pn santai. Gaji pn masyuk kot. Culture kerja tu yang penting. Tak banyak protokol or komplen.

Bosanlah ! huuu

Tuesday, December 8, 2015

Kenangan Terindah di Labour Room version 2014

Nah tajuk baik pnya 😁
Okay mari kita throwback...

Bersamaan ari ahad. 
Aku dah kena check in kat hospital memandang aku ada GDM on diet control atau pun nama kampungnya kencing manis. Hehe. So aku takleh bersalin lebih dr due. Due aku mmg 08122014. Last checkup kat KK Bangi, nurse dah pesan kena check in hospital sehari sebelum. So pagi2 dh siap ditemani emak n laki aku. Mula2 anta abang MFH. Sedey tgglkan dia kat umah mil tp tahan jelah. Salam2 mil mintak doa pastu kitorg pg breakfast dulu. Macam biasalah sbb abgnya dah beranak kat Hospital Putrajaya so kali ni nk pg sana gak. Sampai hospital aku pg terus labour room. Igtkan mcm dulu nk check2 kat situ, tp aku silap sbb aku lom sakit lagi. Haha. nurse suruh turun pg kaunter pendaftaran. Tunggu pnya tunggu lama gak lah, dekat tghari dah baru nama kena panggil. Dia suruh balik dulu sbb katil penuh nnt dlm kul 2 cmtu dorg call. Maka kitorg baliklah dulu, beli mkn lunch plak kt umah. Ngam2 siap makan n baring jap, dapat call dr hospital suruh dtg. Alhamdulillah ada rezeki beranak kat hospital putrajaya. Pastu dh masuk wad tukar uniform, soal jawab bagai. Doktor ckp kena induce esok pagi kul 8. Aku pn dgn redha n berdebar tggu lah masa nk induce esoknya. Tak boleh tido kot mlm tu sbb teringat kat anak, laki n induce. Pastu dalam kul 4-5 pagi cmtu aku pg kencing tapi mamai sikit, aku rasa mcm byk lendir jer. aku lap tgk takde kaler2 pn, putih jernih. Aku pn buat tak tau n sambung tido.

8122014
Pagi2 dah bangun. mandi kasi wangi2. Kejap lagi doktor nak induce sudah.
Dalam kul 8 camtu aku pn bergerak menuju ke destinasi. Kat luar pintu dah ada sorang ni tunggu. Dia pn ada GDM gak n masing2 tak pernah kena induce. Orang cakap induce ni lagi extra sakit so kitorg takut2 gak lah. Pastu tiba masa doktor panggil, dah takut sape nak pg dulu ni. Aku dengan rela hati pegi lah dulu sbb cepat pegi cepat lah selesai. Ye tak? Sblm induce tu doktor mmg akan check jalan, so doktor ckp nak buat VE dulu lah. Check pnya check sekali jalan sudah bukak daaa 4 CM. erkkk. doktor ckp, Eh jalan dah bukak lah, awk tak rasa ye. aku ckp tak rasa pn pastu teringat plak yg pukul 4 pagi tu ada lendir2 kuar. patutlah, air ketuban dah kuar ler tu. so tak jadi lah induce. doktor ckp nak pecahkan air ketuban plak. Nurse datang sediakan peralatan suma. Time pecahkan air ketuban ni terus ingatkan aku time abang MFH dulu. Mmg pecahkan air ketuban agak menyeksakan. huhu. Pastu doktor masukkan ubat berak gak. Dah settle aku balik kat katil dengan tenang. =D Doktor suruh breakfast dulu tapi breakfast tak sampai2. Aku pn makan lah bekalan kurma aku bawak semalam. 10 biji aku makan. Dah abes 10 biji kurma, baru datang breakfast roti n susu. aku bedal gak. haha. 

n aku pn sempat selfie hahaha

dalam 9 lebih doktor lain plak datang pasang drip kat tangan tu. lepas tu datang nurse bawak kerusi roda nk hantar aku ke labour room. aku dah prepare barang baby siap2 dalam beg kecik.
sampai kat labour room mcm biasa lah kena tukar baju putih yg bertali kat belakang tu pastu aku pn baring kat katil, nurse pasang alat ctg kat perut, pastu datang doktor 2 org, tnya soalan macam2. yang aku ingat dia tnya 1st baby bape kg? aku cakap 3.48kg pastu dia rasa2 perut aku, okay jangan risau yang ini mungkin dalam 3.2kg jer. aku pn ya kan jelah. aku mmg takde rasa sakit pape pn so just relax tgk sekeliling sambil selfie haha. tapi takleh letak sini. censored
aku sempat update status kat fb pastu aku still wassap ngan kwn2 terdekat.
pastu datang doktor lain plak, dia nak offer aku epidural n injection bagi ngantuk tu, aku cakap tak payah lah dulu sbb aku takut nk cucuk, doktor tu gelak. Dia cakap u lagi tak tahan sakit cucuk dari sakit bersalin. yelah aku cakap. pastu sempat lagi pesan kalau nak bagitau awal ye.


tak lama pastu datang lah laki aku. Dia pn relax jer kali ni main hp. kalau dulu  dia lah yang paling cuak. ni siap mencari nama anak lagi. pastu sakit aku pn datang, aku rasa datang yang 5 minit tu. nurse mmg takde kat situ, dorg tinggal jer aku n laki aku, pastu dalam pukul 11.15 camtu aku rasa sakit yang takleh tahan sangat sampai aku cakap tak nak lah lepas ni. merayu2 kat laki aku. haha. sebab tak tahan giler sakitnya. Aku pun suruh laki aku panggil nurse, tekan button tu jer pun. Nurse datang check, terkejut n gelabah sbb baby dah dekat nak keluar, dia suruh aku teran jer tapi ada lagi 1 nurse suruh aku tahan sementara dia nak bukak barang2 dia. Kelam kabut nurse tu prepare2 suma, aku pn teran 2-3 kali camtu pukul 11.35am dah selamat keluar anak aku. nurse bersih2 kan then timbang. terkejut giler anak aku tu berat lagi dari abangnya. 3.8kg. pheww berpeluh.mmg koyak weh T_T 
lepas tu nurse letak atas dada, bagi skin to skin selama sejam sambil dia menjahit, banyak plak tu sampai ke bontot. huhu.
time kat LR kali ni aku bertuah sbb yg handle aku time beranak tu kawan kepada kawan aku. kalau tak, kawan aku yang nak handle aku beranak tp shift dia lom sampai. so aku dapat lah amik gambar anak aku plus laki aku pn kemain lama duk dalam LR sampai dekat aku nak naik wad baru dia kuar.
Lepas dah settle suma, naik ke wad, anak aku kena tahan kat kaunter nurse sbbnya si kawan aku ni nak selfie plak ngan KD haha

 KD ngan kawan aku,

bambam kan KD. yelah 3.8kg kot. siap ada nurse salute kat aku leh beranak normal. Alhamdulillah rezeki beranak mudah.

Arini budak KD tu dah setahun n pengalaman terindah ni mmg langsung aku tak lupa.
2 anak 2 pengalaman yang berharga. Hanya yang alami jer tau
Kan. 

Bye~


Keisha Diinara 365 hari

Alhamdulillah budak tecit no 2 dah berusia 1 tahun arini. Lahir pukul 11.35 pagi sambil2 whatsapp ngan family n kengkawan. haha. jap lagi lah nak cita pasal kenangan/pengalaman melahirkan Keisha Diinara. Cepat betullah masa berlalu, untuk breastfeeding journey masih ada lagi 365 hari nk ditempuh. Semoga rezeki bertambah-tambah.


Feeling wonderful dengan ada 2 anak yg comel n bijak. Tak tahu camna nk bgtau feelingnya ada anak.

Love u both Muhamad Fahiim Hanania n Keisha Diinara

<3 b="">

Monday, December 7, 2015

BreastFeeding BabyWearing and ClothDiapering

okay masih lagi tak percaya, untuk anak 2nd ni aku berjaya capai beberapa target n benda yg tak pernah pikir aku leh buat sebelum ni.

memandangkan esok ialah 1st besday KD maka esok gak bersamaan 1 tahun aku Breastfeed anak aku. Alhamdulillah aku berjaya walaupun mula2 ada mix ngan FM. so daripada hari keberapa ntah aku dah start pump n sampai ke arini, aku tak skip pump kat opis, mmg bertambahlah kerja mak. hehe


3rd pump lepas Pureen & Avent
Yang ini comey lote si Malish Aria

okay yg 2nd ialah Babywearing~ aku dah kira fanatik babywearing gak lah haha.Ini suma angkara sifu aku Sheila Shafie namanya, since KD dalam perut dah tgk macam2 fesyen dia carry anak dia, n aku pn menuntut ilmu dgn dia. genap 44 ari abes pantang terus pg belajar n terus carry  KD ngan wrap pastu mei tai n pastu upgrade ke ssc. later2 kita cita pasal Babywearing okay. So dikira2 lepas abes pantang sampai skang dah 10 bulan terjebak ngan babywearing. Ini suma tak pernah dilakukan masa si abang MFH dulu

ni ha wrap baru aku. Hannah by Baby Ultra

Last sekali kegiatan terbaru aku ialah mengumpul CD aka Cloth Diaper.Yang ni baru jer terjebak since KD 8 bulan.
taraa banyak kan cd KD. total dah ada 26pcs

Nanti sambung lagi ...

Hello Im Back

Hahaha sape jer yg ada baca blog ni kan. 
aku masih sihat. masih ada suami. bertambah seorang anak.Alhamdulillah dah sepasang.
MFH n KD. 2 orang budak comey yang hadir dalam hidup aku.
tetiba rasa nak tulis blog balik sbb esok dah setahun aku melahirkan anak kedua.
rasa macam masa cepat sangat berlalu. rasa rugi bila moment2 indah tak dicatatkan.Kalau kat fb kita leh tgk balik memories lama2 tu tp agak terhad lah kan,
so kat blog ni lah kita leh tulis pepanjang apa yg terjadi dari A sampai Z.
Okay matlamat aku skang nk tulis blog bukan nak bagi org lain baca, bukan untuk pape just untuk aku or anak2 aku baca bila dorg besar sok.huhu

Bila nk cita pasal anak2 dah besar ni, aku terus rasa sedih, mengenangkan bila besar budak2 comey ni akan buat hal sendiri, dah ada aktiviti sendiri,dah sekolah, dah ada kawan2 lain. huhu
Semoga Allah permudahkan lah segalanya.

Okay nanti sambunglah sbbnya aku dah ada extra kerja ni.Tak sangka weh dah hampir setahun aku buat kerja ni. Nanti2 lah cita kan.

babai~