Iklan

Tuesday, July 2, 2013

2tahun 2Bulan + Pagi yg Kelam Kabut + Menang Slogan Contest

Salam 3in1 Story~

Ooh arini 2.7.2013. ulangtahun yg ke 2 tahun 2 bulan encik Muhamad Fahiim Hanania.
Takde perubahan sangat, Cuma ada lar tmbh 2-3 perkataan. 
Tapi tak boleh lagi buat sebarang ayat.



Sebenarnya nk citer pasal hari kelam kabut mummy pagi ni. Aduyai. Td sblm sampai opis singgah petronas jap sbb nak beli topup. Biasa lar pagi-pagi ramai plak manusia membeli minyak. So terlambat lar disitu. Lepas budak petronas tu bagi topup, aku pn ngan segera blah dari situ.

Sampai opis dah 8.05, aku rilek jer terus bukak FB. Hehe. Bukak-bukak FB ada berita gumbira  menang tmpt ke 6 Slogan Contest online shopping From UK to U


dapat adiah ni. Comel tak?



Aku tak sangka leh menang sbb slogan aku pn kelakar jer bunyi. Aku tulis camni…

SAYA SUKA SHOPPING DENGAN FROM UK TO YOU KERANA DAPAT MEMILIKI BARANG BERJENAMA DENGAN MUDAH,MESRA SERTA BERGAYA DAN PALING PENTING BARANG BERBAU UK. 
=)

Pastu dah settle yg tu. Aku nk mentopup plak. Tgk ada 1 henfon jer, henfon digi, aku ingat henfon Blackberry ada dalam kete. Pg check. Tgk2 takde dalam kete. Sempat plak singgah kat reception dulu,citer pasal kemenangan dari From Uk to U. hehe. Pastu pg cari balik dalam beg. Aduyai takde plak. Aku try call, tak berangkat n takde dengar bunyi pn.
Pastu aku pg balik kat kete. Try call sambil cari-cari bawah kerusi, takde gak. Call kali ketiga, ada org angkat, aku Tanya kat mana ni? HP saya tertinggal kat mana? Pastu budak laki tu jawab, ni kat Petronas Seksyen 9,

Phew, lega ada kat sana rupanya. Tak pernah lar aku careless camni. Kelam kabut punya pasal.
Pastu  dengan pantas dan segera terus lar menuju ke Petronas.

Berpeluh-peluh ketiak aku. Kuikuikui. Dah lar posa arini tapi syukur Henfon dapat diselamatkan dan syukur juga dapat adiah dari UK + Alhamdulillah anak bujang dah makin membesar bagaikan Johan. Hihuu~

2 comments:

nik ros said...

comel sgt hadiahnyer...hehe

DiilaNordin said...

comelkan hihi~