Iklan

Thursday, April 18, 2013

BMT~Langsung Dari Tangan Zahiril Adzim

As-Salam~

teruja!

Semalam baru smpai n semalam gak aku dah abes baca 
hasil tulisan Zahiril Adzim

ok lar karya dia, kalau yg suka puisi msti suka baca.
aku suka catatan pendek dia. kelakar gak.

paling aku suka SECANTIK CERMIN KAU, CANTIK.
catatan pasal bini dia. comel sgt. mmg dorg sweet couple =)

Sebenarnya mula2 aku nk beli buku ni kt MPH online. 
mcm biasa ada 15% diskaun
tapi tetiba nmpk post Zahiril kat FB, 
nk jual buku ni beserta ngan tanda tangan.
kikikii tanpa membuang masa aku terus transfer kat akaun dia. buku ni limited 30 buah jer.
so kena cepat. tajuk buku ni Bogel Menuju Tuhan. 
Langsung Dari Tangan tu maksud si Zahiril, dia sendiri yang sign, packing n post.

tak kisah lar takde diskaun pun. asalkan dapat sign. hehe.
aku minat Zahiril masa tgk cita Senjakala, pastu ofkos cita Juvana. 
bini dia, Shera Aiyob pn aku suka ~
nah aku bagi korg baca 1 karya dia yg aku suka. 

SECANTIK CERMIN KAU, CANTIK.
Aku ingat lagi, waktu itu aku duduk belakang mu. Dan kau membelakangkan aku.

Sambil menyisir rambut mu yang panjang, perang-perang warnanya, kau menyiapkan rambut untuk diseterikakan. Atau tarik rambut.

Tarik rambut. Tarik rambut lagi.
Itu rutin harian kau yang aku tak suka, yang selalu bikin aku naik angin kerana menelan masa. Yang melunturkan mood aku untuk keluar makan atau keluar berseronok.

Tapi.
Bila aku fikir balik, sebenarnya aku sayang. Aku cinta rutin itu. Kerana itu rutin watak kau. Diri Kau. Diri kau itu yang aku terima nyatanya. Mulut sahaja bising-bising, tapi aku tetap cinta.

Kau. Yang dari tadi mengadap cermin meletakkan kepercayaan sepenuh jiwa, pada refleksi dari cermin. Kau adalah salah seorang manusia yang menjual kewarasan dan jiwa kau pada cermin. Cermin kata cantik, cantiklah kau kata. Cermin kata hodoh, hodohlah kau kata. Kau percaya cermin sangat-sangat.

Macam aku. Hodoh macam cermin.

Aku diam memerhati dari belakang. Merenung kau mencantikkan rambut.

Kau memang cantik. Sangat cantik.
Hari-hari aku lihat kau cantik.

Cantik dari cermin.
=)

1 comment:

Pida said...

Wow! Dapat buku eksklusif tu! Best.