Iklan

Monday, April 29, 2013

290485 - 290413 ~ Alhamdulillah sudah 28 tahun =)


Syukur Allah panjangkan umur aku dan dapat sambut together dengan family kecikku,
 with asben Hakiimy Yusoff n Fahiim Hanania~

Terima Kasih untuk ayah dan emak kerana mewujudkan aku ke muka bumi ini
dengan izin Allah S.W.T
=)


smlm dpt hadiah mcm suprise 
tapi tak lar surprise sgt from encik asben.

pagi tadi amik hadiah kat kakak aku.
dan wish from kwn2 kat FB. TQ Love U all ;)

td bukak google pn surprise gak,
dpt cake. hehe




Saturday, April 27, 2013

Menjelang usia 28 tahun~ Counting 2 more days

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh~

ari Isnin super busy.
Selasa aku update pasal Earth Day
Rabu aku attend Seminar Halal
Khamis aku MC. huhu

arini (semalam sebenarnya) 
nk cita sket pasal~
kenapa aku MC smlm (kelmarin).

aku ni ada masalah sakit pinggang dah lama, 
sejak beranakkan si Fahiim Hanania,

memula sakit kat tulang belakang, pastu kat pinggang
tapi bila pg klinik or urut, 
dia ok kejap n datang balik.

tapi skang ni sakit kat bahagian atas bontot tu,
rasanya pedih2 mcm ada yg mencucuk~
hampir 2 bulan lar aku sakit
pastu melarat ke lutut plak, 
kalau time rukuk. kemain sakit.
siap ada bunyi tuk tuk cmtu.

haishh mcm org tua dah rasanya~

rupa-rupanya mmg pn aku dah kena penyakit org tua

Rheumatism Arthritis

aduyai~ doktor cakap punca mengangkat beban yg berat
ye lar aku kan dukung Fahiim selalu.
doktor ckp lagi kenapa plak nk dukung anak yg dh nk 2 taun.
pjg plak cita kan.
aku cakap lar sbb ank sy jalan tak stabil lagi.
doktor tanya lagi. kenapa tak stabil?
pernah pakai walker ek.
hurm aku mmg tau keburukan walker tapi
 apakan daya bukan aku yg membelinya~

makanya saranan doktor, cuba elakkan dari mengangkat beban,
anak kena suruh suami dukung, 
pastu kena exercise yg baik utk kaki iaitu berenang,
pastu minum susu~
tu jer dan doktor bagi 2 jenis ubat,
 1 tahan sakit 1 lagi rilex otot n koyok~

harap-harap ilang lar penyakit aku ini dengan cepat~
lmbt aku nk abeskan entry ni gara-gara bz melanda.
huhuhu

Tuesday, April 23, 2013

Earth Day 2013 - Pokok kakaw a.k.a koko



DiilaNordin 
mempersembahkan pokok koko kat depan parking kete
kilang coklat Beryl's sempena 
Hari Bumi 2013
hehehe

Nama Saintifik pokok koko 
Theobrama Cacao~


ada yg masih ijau, separuh masak n hampir masak

Sekian saja utk hari ini~
Peace Yaw

Thursday, April 18, 2013

Souvenir Dari POS Malaysia~

Baik hati gak POS Malaysia ni.
biasa org buat lawatan ke kilang coklat ni,
dorg bagi cenderahati 1 jer sebagai tanda penghargaan.

tapi POS Malaysia bagi 4 goodies bags.
dapat lar sorg 1, tak payah rebut-rebut.

jom tengok hehe
ada botol air, note book, pen, stationery, n bag~

aku paling suka botol air dia, cute, penuh ngan stamp

botol air spesel edition ni, BROS plak tu. 


nampak tak, banyak setem kan.

papepun mekasih POS Malaysia. lain kali datang lagi =)

BMT~Langsung Dari Tangan Zahiril Adzim

As-Salam~

teruja!

Semalam baru smpai n semalam gak aku dah abes baca 
hasil tulisan Zahiril Adzim

ok lar karya dia, kalau yg suka puisi msti suka baca.
aku suka catatan pendek dia. kelakar gak.

paling aku suka SECANTIK CERMIN KAU, CANTIK.
catatan pasal bini dia. comel sgt. mmg dorg sweet couple =)

Sebenarnya mula2 aku nk beli buku ni kt MPH online. 
mcm biasa ada 15% diskaun
tapi tetiba nmpk post Zahiril kat FB, 
nk jual buku ni beserta ngan tanda tangan.
kikikii tanpa membuang masa aku terus transfer kat akaun dia. buku ni limited 30 buah jer.
so kena cepat. tajuk buku ni Bogel Menuju Tuhan. 
Langsung Dari Tangan tu maksud si Zahiril, dia sendiri yang sign, packing n post.

tak kisah lar takde diskaun pun. asalkan dapat sign. hehe.
aku minat Zahiril masa tgk cita Senjakala, pastu ofkos cita Juvana. 
bini dia, Shera Aiyob pn aku suka ~
nah aku bagi korg baca 1 karya dia yg aku suka. 

SECANTIK CERMIN KAU, CANTIK.
Aku ingat lagi, waktu itu aku duduk belakang mu. Dan kau membelakangkan aku.

Sambil menyisir rambut mu yang panjang, perang-perang warnanya, kau menyiapkan rambut untuk diseterikakan. Atau tarik rambut.

Tarik rambut. Tarik rambut lagi.
Itu rutin harian kau yang aku tak suka, yang selalu bikin aku naik angin kerana menelan masa. Yang melunturkan mood aku untuk keluar makan atau keluar berseronok.

Tapi.
Bila aku fikir balik, sebenarnya aku sayang. Aku cinta rutin itu. Kerana itu rutin watak kau. Diri Kau. Diri kau itu yang aku terima nyatanya. Mulut sahaja bising-bising, tapi aku tetap cinta.

Kau. Yang dari tadi mengadap cermin meletakkan kepercayaan sepenuh jiwa, pada refleksi dari cermin. Kau adalah salah seorang manusia yang menjual kewarasan dan jiwa kau pada cermin. Cermin kata cantik, cantiklah kau kata. Cermin kata hodoh, hodohlah kau kata. Kau percaya cermin sangat-sangat.

Macam aku. Hodoh macam cermin.

Aku diam memerhati dari belakang. Merenung kau mencantikkan rambut.

Kau memang cantik. Sangat cantik.
Hari-hari aku lihat kau cantik.

Cantik dari cermin.
=)

Wednesday, April 17, 2013

Semua gara-gara PRU13

As-Salam

mesti ramai yg nk kawen pada 4 atau 5 Mei nnt pening kepala~

mesti kena ubah tarikh kan 

mesti KENA bla.bla.bla KAN.

huhuu

aku pun turut serta dalam dilema tersebut. kikii

tapi yang pasti bukan pasal majlis kawen.

tak lain tak bukan, majlis hari lahir Fahiim Hanania Turns 2~

terpaksa berubah tarikh. berebut-rebut lar ngan org nk kawen.

kwn aku yg dijemput leh plak ckp, kenapa semua nk buat bulan 5...?

tak ke sengal punya soalan. anak aku kan lahir bulan 5.

huh~

tak kisah lar kawan, asalkan aku dh jemput.


Print Screen group whatsapp kwn2 aku~

papepun UNDI jgn tak UNDI~

aku undi kat sini untuk kali yg kedua~

=)

WW ~ Tunggu Lif Kenanga Wholesale City. hehehe



L-R my sista, Afra Dania, sista in Law, Me, my son n hubby =)

Wednesday, April 10, 2013

WordLess Rabu~ pemandangan opis saya





#budak tadika Genius Aulad melawat kilang Beryl's
#pemandangan dari tingkat 2~

Wednesday, April 3, 2013

Keinginan ber BRACES semakin memuncak. haha.

As-Salam

sebenarnya hasrat terpendam aku ni dah lama simpan.
atas sebab-sebab tertentu antaranya

a-duit belum cukup
b-takut, gementar, berdebar dan seangkatan dengannya.
c-takde ilmu pengetahuan BRACES
d-rasa macam ok lagi gigi ni

tapi tapi tapi

setelah gigi aku buat perangai dan terpaksa dicabut
aku terus rasa nak buat BRACES
yang dapat menutup gigi aku yang ilang tu.
(gigi aku pn tak teratur. 
ntah nak lari kemana gigi tu pn aku tak tau)


gigi compang camping aku. haha. 
malu lar so aku blur sket.


semalam aku pg melawat dentist kat 
Klinik Pergigian Impian, seksyen 3 Bandar Baru Bangi
aku nk cabut gigi + tampal.
alang-alang bukan along along
aku tanya pasal braces,
doktor tu cakap (lupa lar tnya nama doktor tu)
aku kena repair dulu suma gigi yang rosak.
banyak kot gigi aku rosak. smlm baru tampal n cabut 1 gigi
pasni ada lagi 2 appointment nak cabut 1 gigi n tampal 3 gigi.
erk bukan aku tak gosok gigi ek. 
aku pn tak tau nape rosak begitu teruk.
pemakanan aku rasa.

ok sambung balik cita braces, pas dah repair suma tu.
aku kena cabut 3 batang gigi lagi bahagian bawah
sbb nak bagi sama ngan total gigi bahagian atas.

doktor cakap kalau awak dah bersedia, saya bagi surat pg X-Ray.
dah X-Ray, baru cabut 3 gigi kat bawah tu.
pastu bayar deposit RM1500 n bermula pasang braces
yang aku tau bayaran deposit tak termasuk 
ngan X-Ray n cabut 3 gigi.

ha camtu lar prosedur pasang Braces kat 
Klinik Pergigian Impian ni.
so balik aku memujuk rayu encik asben 
(sebenarnya meminta izin. 
kan kalau nak buat pape kena mintak izin suami. 
kalau tak berdosa. hehe)

dan dia telah mengizinkan. weehuu.
InsyaAllah kalau aku dah berjaya pasang Braces nnt.
aku citakan. harap-harap semua berjalan lancar.
kikikii

WordlessWednesday ~ Parlimen dibubarkan arini.


Twitter DSNTR~

marilah kita mengundi =)

Tuesday, April 2, 2013

Selamat Datang Bulan April~

As-Salam

bulan faveret dah mai tapi nak update pasal si Fahiim Hanania
yg telah berubah umur ke 1tahun 11bulan arini.

jap aku nak pikir apa ayat yang dah kuar dari mulut dia

ma.maa ~ mummy
ba.baa ~ daddy
yaya ~ boboiboy
ik ~ angry birds
ook ~ gangnam style
mmm dapnya ~ sedapnya
tuk ~ atok

ha ni jer lar kot yg slalu keluar dari mulut dia.
 yang lain ialah bahasa german
hehehe

bulan depan besday Fahiim Hanania. 
InsyaAllah birthday party akan diadakan secara kecil-kecilan
di rumah kecil ku.
tema ialah BOBOIBOY.
kek dan bahan goodies dah siap ditempah.
semoga berjalan lancar.

sekejap sangat lar anak aku dah berusia 2 tahun.
nak tambah baby huhu

tgk lar gambar pada ahad lepas.

boring sampai gigit tangan sendiri
*bukan mak or bapak yg dera ek =P*

daddy belanja beli kasut tali dan corak sebelah lain
belum bayar terus nak pakai~

naik merry go round kat IOI Mall Puchong


last sekali TARAA~
goodies Fahiim Hanania Turns 2
daripada Parteesandsuch. (TQ Yaya)