Iklan

Wednesday, March 27, 2013

Bangi Megi Ketam - Seksyen 7

Salam Megi Ketam

hari ni nak cita pasal makan, bukan arini jer tapi sambung ke esok dan lusa
cita pasal makanan hehe

seperti tajuk kat atas.
kedai makan Bangi Megi Ketam ni nama asal dia Anjung Selera Ikan Bakar
dulu masa pembukaan Dato' Siti Nurhaliza yang rasmi kan.
ada bukti kat kedai dia ni ha...


aku mmg selalu lalu-lalang kawasan ni. 
tetiba nampak nama lain plak.
eh macam best Megi Ketam. dua-dua makanan faveret aku.
so aku ajak lar encik hakiimy try.

aku survey dulu. tanya dia berapa harga, sedap ke tak n blablabla
tapinya encik hakiimy tak nak sbb 
ketam dia besar-besar gedabak.
makanya aku beli megi ketam n untuk dia nasi goreng USA


ini menunya


menu utama KETAM.

selain megi leh gak makan masakan lain seperti di atas

waiter tu cakap harga mengikut saiz ketam. 
RM6 utk 100gm. megi dia charge RM5
jap eh mari tgk gambar ketam-ketam tersebut


hohoho ketam ini masih hidup yaw~

aku suh budak tu amik yg sederhana jer. 
maka setelah siap kami pun pulang ke rumah. 
oh ya aku take away sebenarnya 
sebab malu makan ketam kat restoren 
hahaha


taraa, bukan 2 ekor aku beli tapi tak muat mangkuk
terpaksa bahagi 2
1 mangkuk untuk ketam n 1 lagi letak megi n kulit ketam


arghh tgk lar penyepitnya. gemuk n banyak isi. 
SEDAP!

kuah megi tu pun sedap, tak tau nak cakap dia masak apa.
cukup rasa semua, pedas, yg penting sedap lar.
hehe

akhir kata aku bayar sebanyak RM24 untuk Megi Ketam 
n RM7.50 untuk Nasi Goreng USA.


nasib kulit-kulit tu tak leh makan.
hahaha
papepun berbaloi. kalau korang nak pergi
restoren ni kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
alamat tak sempat nak amik 
ataupun leh check disini juga =)

Alamat Bangi Megi Ketam 

Selamat Makan.

1 comment:

Amanda Suria said...

argh....knp akak tgok entry ni di waktu ni...oh tidakkk...nak ketam jugak..