Iklan

Monday, January 21, 2013

Journey to Segamat by KTM

As-Salam.

Ari Sabtu lepas (19/01/2013). Kitorg adik-beradik telah sepakat membawa emak n ayah tuk merealisasikan hajat Ayah yang naik naik keretapi setelah berpuluh-puluh tahun ayah tak naik keretapi.

ikut plan nak pergi Kelantan, boleh bawak ayah pergi tgk tempat keje ayah dulu. (Ayah seorang pesara KTM) tapi tak jadi sbb kalau nak ke kelantan agak jauh  n kena amik cuti panjang2.


maka plan B telah dilaksanakan. naik keretapi dari Kajang ke Kluang. benti makan kat Kluang Rail Coffee pastu balik Kajang balik. hehe. plan tuk balik hari sahaja. 

Abg ipar aku telah ditugaskan sebagai pembeli tiket so ari Rabu (16/01/2013) dia pergi lar mencari tiket.
tapi tetiba plan dah ditukar lagi ke plan C. dari Kajang ke Segamat plak sbb timing dia cun jer pastu tak jauh sangat daripada Kluang. lebih kurang 4jam perjalanan jer.


Tiket pergi pukul 09.30am dan tiket balik pukul 4.54pm. harga tiket pergi balik RM40 untuk dewasa. ayah n emak dapat diskaun 30% sbb pesara KTM. patutnya kat kad pesara tu tulis dapat 75% tapi tak tau kenapa jadi 30% jer. 


so yang pergi suma 11 org, Ayah n Emak, Aku n Fahiim, Kakak aku (kak nyah), Abg Jenal, Zafri, Iman, Zariq, Abg aku (Yop) n Kak Ita. Abg aku no 3 tak dapat ikut sbb bini dia ngah menunggu masa nak bersalin. kalau pergi gak kang ada bersalin dalam keretapi. haha. Encik Asben aku pn tak dapat ikut sbb keje.



Pukul 8.30 dah menunggu kat stesen keretapi Kajang. 9.30 keretapi sampai. excited kemain suma org, kecik ker besar suma excited. 10.30 dah sampai kat Seremban. 12.30 sampai lar ke destinasi Segamat.



Fahiim Hanania mula-mula macam takut. masa nak naik tu pegang baju aku kemain kuat lagi. pastu bila keretapi jalan, dia tgk jer kat luar. tgk pemandangan kot. pastu dah sampai tahap dia tetiba lar jadi tak diam. nak jalan 1 gerabak tu. nasib baik ada assistant ramai tolong jagakan, walaupn daddy takde. hehe

 


Sampai kat stesen Segamat tu. risau gak takde pape kat sana. nak buat apa plak kan sementara tunggu time nak balik, nasib baik ada pasaraya dekat jer ngan stesen keretapi tu. jalan kaki jer pergi One Segamat.



lepak-lepak n makan-makan kat kedai berhampiran pastu window shopping n aku beli buku kat Popular nak buat kenangan jer. aku beli novel Setia Hujung Nyawa. hehe
pastu bole plak tertinggal botol air Fahiim kat kedai makan. masa nak tunggu keretapi baru teringat. huhu sedey. apa leh wat takde rezeki.


masa balik, keretapi delay sampai kul 5.30. aircond keretapi rosak. ticket master tu cakap sampai Gemas baru dorg repair. lama gak lar stop kat Gemas. Last-last org KTM tu  ckp air cond tak leh repair. aduyai. dah kepanasan plak. tetiba masa dah jalan, ada org KTM tu suruh pindah pg 1st class so apa lagi, bila dah dapat green light, kitorg jer yang pindah. 


Sampai lebih kurang 9.20 PM, semua dah kelaparan. hehe.
Singgah makan kat Restoren Azura. pastu aku suruh encik asben amik. balik jer umah terus pengsan. 

walaupun perjalan tak sampai sehari tapi letih giler. papepun tetap enjoy dapat jalan-jalan together ngan family esp emak n ayah. 

*Sambung ngan entry banyak gambar plak*

No comments: