Iklan

Thursday, January 31, 2013

8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk

 Salam Khamis.

 hari ni marilah kita bermuhasabah diri, 
fikirkan kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini
ada kena mengena tak dengan apa yang Ustaz Don Danial bagitau bwh ni. huhu


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.




Ya Allah, murahkan rezeki buat diriku dan keluargaku 
serta jauhilah kami daripada perkara-perkara
yang mendatangkan keburukan.
Amiin~

Wednesday, January 30, 2013

WW~anak manja saya (^_^)


ok babai

Friday, January 25, 2013

Permata Yang Hilang Kini Dijumpai

As-Salam.

aritu aku ada beli buku Permata Yang Hilang Kini Dijumpai
 by Hamka daripada blog Kereta Mayat.

aku tak tau nape tetiba aku berminat nak baca buku ni, 
disebabkan aku belum baca lagi maka
tak leh lar buat review. hehe
buku ni pun baru jer sampai semalam.

tgk gambar dulu lar. ada masa nanti aku buat review.
tapinya buku ni dah lama ada kat pasaran.
mungkin  ada orang lain yang pernah buat review.

Afdal Publications
 muka depan

isi kandungan 1

isi kandungan 2

isi kandungan 3

background

 sipnosis. kalau nak tau sipnosis lain rujuk sini

Kereta Mayat~

siap ada autograph sbb aku yang request 
tapinya aku tak paham apa encik Hamka ni tulis hehe

last sekali dekat background buku ada tulis nota ni


hasil aku meng'google' baru lar aku paham kenapa.
hehe kalau korang nak tau gak. sila google Permata Yang Hilang~
Sekian, babai.

Fahiim terkena Diarrhea

As-Salam & Salam Maulidur Rasul

Semalam sepatutnya aku keje sbb ofis aku tak amik cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul.Rasa jeles ngan encik asben tu mmg ada sbb katanya cuti smlm leh lar dia tdo sepanjang hari hehe

tapi tak jadi jeles sbbnya aku terpaksa amik EL, encik Fahiim Hanania kena Diarrhea a.k.a Cirit Birit atau nama saintifiknya cherry berry. =P

gambar ni malam rabu. panas gak badan dia 38 °C
sampai demam-demam dia. cian~

kesian dia, kelmarin (ari rabu) kena 5 kali cirit birit, mlm tu tak tdo sangat sbb sakit perut, merengek2, semalam plak kena 4 kali. setiap kali sakit perut tu datang, dia nangis sambil pegang perut.

sedey aku tgk, nangisnya merayu-rayu, aku tolong gosok-gosokkan perut jer lar. 

malam semalam baru nak pergi klinik.Aku pg 
Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
walaupun sakit tapi aktif tetap aktif. huhu. 
abes 1 klinik di jelajah.

angka giliran
time baru sampai klinik, 
masih boleh dikawal. berdiri atas kerusi.

dah turun dah.

berlari-lari anak.

 macam nak duduk tapi tak. huhu

akhirnya dikepong oleh daddy. 
tapi still tak diam. kaki bergoyang riang.

nah ubatan utk dimakan. tapi tak sempat bagi sbb dah ketiduran.
mlm tadi dah ok sket. terjaga pukul 5 dan menangis sambil memegang perut.
pastu ok. takde cherry berry plak.

Semoga hari ni dia dah ok
=I

Wednesday, January 23, 2013

Kegilaan Menjadi-jadi #funbynana

As-Salam 

semenjak 2-3 menjak aku jadi gila plak ngan bracelets yang dijual 
oleh nanamahazan a.k.a nana ker? hehe

aku lambat gak tau yang nana ni ada jual bracelet.
aku tau2 jer suma batch telah sold out.
maka dengan itu aku dah jadi pengunjung tetap instagram nana
sbb nak tau updates bracelets daripada dia.

#1 aku beli ialah Anklet ~Rose Quartz
tgk.cantikkan. 
dah lama aku tinggal kegilaan ini tapi skang 
start balik hahaha

#2 plak ialah bracelet utk besday emak

ni namanya Mix Shades of Turquoise Agate
Prince Jasmine Collection 

Emak pun suka ngan bracelet gak.
TQ sis nana. siap kem salam kat emak lagi hehe

#3 the latest ~ baru jer sampai arini =)

L~Multicolor Pastel Agate & R~Pastel Green Agate

berserta with charm vespa. 
like.like.like =)

antara collection mix bracelets aku
from
#darlinaboutique, #vintage 1988 n #funbynana

kalau korg nak beli sila ke instagram dan search #tag seperti diatas.
nana pnya mmg limited n siapa cepat dia dapat.

Sekian cerita bracelets. TQ

WW~Makkah Al-Mukarrahmah

SubhanaAllah cantik kan gambar ni.
aku amik dkt kotak buah kurma from customer =)

Tuesday, January 22, 2013

Welkam to the world.

Cucu emak n ayah yang ke 15
Anak buah aku yang ke 14
anak abang aku yang ke 7
hehe
source : google


Selamat dilahirkan pada 22/01/2013 
lebih kurang pukul 10.25 am
Hospital Pantai Ipoh

nama, berat dan lain-lain masih belum diketahui.

Tahniah buat abg aku Deni Nordin n kak Asz.
=)

Monday, January 21, 2013

Journey to Segamat by KTM

As-Salam.

Ari Sabtu lepas (19/01/2013). Kitorg adik-beradik telah sepakat membawa emak n ayah tuk merealisasikan hajat Ayah yang naik naik keretapi setelah berpuluh-puluh tahun ayah tak naik keretapi.

ikut plan nak pergi Kelantan, boleh bawak ayah pergi tgk tempat keje ayah dulu. (Ayah seorang pesara KTM) tapi tak jadi sbb kalau nak ke kelantan agak jauh  n kena amik cuti panjang2.


maka plan B telah dilaksanakan. naik keretapi dari Kajang ke Kluang. benti makan kat Kluang Rail Coffee pastu balik Kajang balik. hehe. plan tuk balik hari sahaja. 

Abg ipar aku telah ditugaskan sebagai pembeli tiket so ari Rabu (16/01/2013) dia pergi lar mencari tiket.
tapi tetiba plan dah ditukar lagi ke plan C. dari Kajang ke Segamat plak sbb timing dia cun jer pastu tak jauh sangat daripada Kluang. lebih kurang 4jam perjalanan jer.


Tiket pergi pukul 09.30am dan tiket balik pukul 4.54pm. harga tiket pergi balik RM40 untuk dewasa. ayah n emak dapat diskaun 30% sbb pesara KTM. patutnya kat kad pesara tu tulis dapat 75% tapi tak tau kenapa jadi 30% jer. 


so yang pergi suma 11 org, Ayah n Emak, Aku n Fahiim, Kakak aku (kak nyah), Abg Jenal, Zafri, Iman, Zariq, Abg aku (Yop) n Kak Ita. Abg aku no 3 tak dapat ikut sbb bini dia ngah menunggu masa nak bersalin. kalau pergi gak kang ada bersalin dalam keretapi. haha. Encik Asben aku pn tak dapat ikut sbb keje.



Pukul 8.30 dah menunggu kat stesen keretapi Kajang. 9.30 keretapi sampai. excited kemain suma org, kecik ker besar suma excited. 10.30 dah sampai kat Seremban. 12.30 sampai lar ke destinasi Segamat.



Fahiim Hanania mula-mula macam takut. masa nak naik tu pegang baju aku kemain kuat lagi. pastu bila keretapi jalan, dia tgk jer kat luar. tgk pemandangan kot. pastu dah sampai tahap dia tetiba lar jadi tak diam. nak jalan 1 gerabak tu. nasib baik ada assistant ramai tolong jagakan, walaupn daddy takde. hehe

 


Sampai kat stesen Segamat tu. risau gak takde pape kat sana. nak buat apa plak kan sementara tunggu time nak balik, nasib baik ada pasaraya dekat jer ngan stesen keretapi tu. jalan kaki jer pergi One Segamat.



lepak-lepak n makan-makan kat kedai berhampiran pastu window shopping n aku beli buku kat Popular nak buat kenangan jer. aku beli novel Setia Hujung Nyawa. hehe
pastu bole plak tertinggal botol air Fahiim kat kedai makan. masa nak tunggu keretapi baru teringat. huhu sedey. apa leh wat takde rezeki.


masa balik, keretapi delay sampai kul 5.30. aircond keretapi rosak. ticket master tu cakap sampai Gemas baru dorg repair. lama gak lar stop kat Gemas. Last-last org KTM tu  ckp air cond tak leh repair. aduyai. dah kepanasan plak. tetiba masa dah jalan, ada org KTM tu suruh pindah pg 1st class so apa lagi, bila dah dapat green light, kitorg jer yang pindah. 


Sampai lebih kurang 9.20 PM, semua dah kelaparan. hehe.
Singgah makan kat Restoren Azura. pastu aku suruh encik asben amik. balik jer umah terus pengsan. 

walaupun perjalan tak sampai sehari tapi letih giler. papepun tetap enjoy dapat jalan-jalan together ngan family esp emak n ayah. 

*Sambung ngan entry banyak gambar plak*

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday~Before n After T_T

As-Salam~
Pusara Arwah Bidadari Syurga 
Sebelum dan Selepas 
Dicuci oleh Maksu (^_^)

Tuesday, January 15, 2013

Al-Fatihah buat pakcik~

As-Salam

Tanggal 10 Januari 2013 @ 3.45pm
pakcik aku Allahyarham Shamsudin Bin Uda Mat Win
telah kembali ke Rahmatullah
atas pelbagai penyakit

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat beliau 
dan berdoa agar Rohnya berada di dikalangan orang-orang yang beriman.
Amiin Ya Rabbal Alamiin~

Di masa yang sama, kawan blog aku iaitu 
kak Izan telah kehilangan bapa dan 
kak Pida telah kehilangan Bonda tercinta.

Memang sedih bila kita hilang orang yang kita sayang.

Arwah ni merupakan abang kedua ayah aku.
masa melawat jenazah arwah, pertama kali 
aku tgk ayah menangis.
aku cuba tenangkan ayah tapi aku pun nangis sama
mmg tak boleh tahan.
bertambah tak boleh tahan tgk makcik aku.
huhuu sukar nak gambarkan.


bantuan terakhir dari seorang adik (ayah aku berbaju oren)
 kesedihan seorang isteri

selamat tinggal


siraman kasih sayang dari seorang isteri
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Rabbani - Pergi Tak Kembali