Iklan

Thursday, November 29, 2012

29.11.2009 ~ 29.11.2012

Date arini ialah date aku bertunang ngan encik asben ~ Hakiimy Yusoff 3 tahun yang lalu.

masa tu aku lom tulis blog lagi so takde cita2 pasal E-day aku kat dalam ni. hehehe

aku bertunang masa tu hari raya aji kedua,
sederhana jer tapi meriah.

Tema engagement aku kaler pink so aku n Abg K kena pakai pink.
bkn selalu kan.

meh lar aku tempek gambar kat sini. senang sket nk citer =P

 cantik tak tepak sirih

sewaktu menyarungkan cincin

ha jgn terkejut, abg K pn dapat cincin hehe


 gumbira setelah mendapat cincin

 


 candid

  
 nah hantaran aku byk kan. 24 dulang aku bagi, 
sebabnya org sebelah Perak, 
kalau time tunang mmg dorg suka sponsor2 a.k.a sedekah,
sedara aku ramai plak nk sedekah so takkan nk cakap tak leh
bagi jer lar kat abg K semuanya. =)
utk pengetahuan time tunang kitorg bagi makanan jer semua~

kalo leh nampak kat situ, 
ada buah, ayam golek, pulut, kek, gula-gula, coklat, air sirap,
macam-macam lar aku pn dh lupa. hehe
 ni cupcake dari pihak lelaki. ada date disana

 cincin dalam beskal =)

walaupun dah 3 tahun tp tetap menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidup aku
asben aku msti tak ingat apa yang berlaku ngan date arini hehe
*jap lagi nak tnya*

Wednesday, November 28, 2012

WordLessW#16~3in1

Fahiim Hanania pnya keje~ Sepah dan Lari huhu
Menyakat Encik Hakiimy hehe~

 Zaman KURUS =P
with Aida~

Baju Baru Fahiim

Salam Rabu~

Kelmarin MIL aku bagi 3 helai baju baru tuk Fahiim Hanania yang dibeli oleh makcik Fahiim...

suka banget Fahiim dapat baju baru.

meh tgk gelagat budak tu~


ada 3 helai baju, 2 lengan panjang n 1 lengan pendek
TAPI 
ntah nape Fahiim suka yang kaler pink tu jer
TGK ni

 dia mengusung kesana kemari sambil try nk pakai baju tu
mulut plak membebel-bebel

lalalalaa saya ada baju baru~

Tuesday, November 27, 2012

Oh! I need some sleep

ƗƗɑƗƗɑ auntie ni leh pakai bju cmni plak, terus aku rasa nk sleep zZz

*Jln ² pn ngantuk ek auntie huhu*




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 26, 2012

Aku pun nk mkn Durian Crepe~

Dah macam trend, tetiba semua cita pasal durian crepe, FB ke, Blog ke semua ada upload pic, aku pn nk gak rasa kehebatan Durian Crepe ni... ada anak sepupu aku siap cakap sedap tahap dewa... perghh tahap dewa tu ntah camna lar agaknya. haha

aku blogwalking kat blog Encik Ben Ashaari, promote durian crepe akak Efa Nur buat, bila aku tgk kat Blog Efa Nur, eh macam kenal plak akak ni. rupanya dia pernah datang lawatan kat Beryl's...

so aku pn try order kat dia... 6biji = RM 10

erm rasanya mmg sedap, kulit dia lembut, isinya lemak berkrim, durian pn sedap... erm nyum.nyum. makan sebijik pn dh kenyang...

aku nk try dulu so aku beli 1 set jer, share ngan kwn2 aku...

pastu ari Sabtu aritu, aku bwk emak pg beli durian kat area jalan nak ke Dengkil, (ikut jalan lama), sekali kakak jual durian pn offer rasa durian crepe dia buat... 

bapak sedap! haha

sbb dia kan tokey durian so durian dia sgt2 byk dalam tu... terus emak beli 1set, tapi kakak ni jual 5biji = RM10...

durian dia pun best gak, aku beli Musang King 1kg RM10 jer, 2 biji = RM30, makan berdua jer tapi tak sempat amik pic, keterujaan tuk makan melebihi dari keterujaan mengambil gambar haha...

SEKIAN

Wednesday, November 21, 2012

WordlessWednesday#15~ Kerusi


mengusung kerusi kesana kemari hahaha

Kokotiam Tok Aba~Boboiboy

As_Salam

  Korang penah minum koko tok aba tak?
ala yg dlm cita boboiboy tu, kan atuk dia jual koko.
semalam masa aku pg ayamas,
terjumpa air ni.
aku pn beli sbb nk try.

Boboiboy Angin n Tanah duk kat sblh hehe


 bole buat yang sejuk n yang panas.


yaya~

 ada 10 pek kecik di dalam
dengan harga RM12.50

nyum..nyum..
breakfast arini baru aku minum
sedap gak, tak manis sgt.
lemak berkrim.
jom lar try =)

 TERBAIKK!!

bkn anak jer suka boboiboy, emak pn sama haha

Tuesday, November 20, 2012

4th maternity and children expo 2012


Hello!

dah nak sampai masanya ke 4th Maternity & Children Expo.
ofcourse aku akan pergi. hehe
saje cuci mata pastu nak cuba nasib lagi join 
Pertandingan Bayi Fotogenik Pa&Ma
 macam awl tahun aritu masa
3rd Maternity & Children Expo
aku pn join gak tapi takde rezeki nak menang,
cuma ada rezeki masuk dalam magazine PA&MA jer
hehehe

pastu ada lagi rezeki gambar mummy n daddy termasuk 
dalam pic fotografer TCE amik masa 3rd Expo tu

nah buktinya =P

 nampak tak?
jap aku zoom kan 
hehe
tgh termenung + tgk org yang ramai disekeliling tu.

Fahiim Hanania with Boboiboy

Halow~

Nk cita pasal patung boboiboy, faveret si budak demok...

last month masa aku beli boboiboy angin kat Petronas Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,

harga boboiboy tu RM16.50 sebab aku isi minyak RM30 tapi 

bln ni, encik asben beli boboiboy tanah kat tempat yang sama,

kena beli dengan harga RM19.90, dia isi minyak RM30 gak...

bila encik asben tanya kat cashier tu,
 dia cakap kena beli minyak or lain-lain dengan harga RM50 ke atas 

baru leh beli boboiboy RM16.50...

herm mcm tipu jer kan sbb bila aku tgk kat website dia 

harga berbeza plak. nah tgk sendiri 

 


ini yang menjadi kemusykilan aku, takpe kita tunggu boboiboy petir keluar plak
aku nk tnya betul-betul ngan org Petronas tu...

papepun si anak tetap enjoy~

 Fahiim Hanania wit Boboiboy Angin (Last Month)

Fahiim Hanania wit Boboiboy Tanah (Dis Month)

*Peminat Tegar Boboiboy*

Yang Benar, 
 

Friday, November 16, 2012

Budak Bijak

Cerita si anak plak...

Semalam masa kat umah kakak aku, Fahiim ternmpk 1 lubang kecik, pastu dia amik pen, leh plak dia korek-korek dalam lubang tu. aku pn xtau lar apa yang ada dalam pikiran dia. apa tujuan dia wat camtu. tapi bila tgk aksi dia mmg kelakar... 

nah tgk lar gambar yang sempat aku amik.

gambar 1 :- dia baru nk masukkan pen
gambar 2 :- dia tolak-tolak pen tu sampai masuk dalam-dalam
gambar 3 :- Pen dah berjaya termasuk dalam lubang tu...

lama gak dia sibuk wat kerja mengorek lubang tu. Lepas dah masuk pen, dia keluarkan balik pen, masuk jari pulak, pastu ulang balik sampai puas ati n boring hehehe.

macam-macam hal si anak ni (^_^)

Salam Maal Hijrah 1434

Selamat Tahun Baru Hijrah....

Patutnya aku update semalam tapinya aku bz 'mengecat' rumah blog ni ha... hehe cantik tak layout baru?

Papepun harapan aku semoga tahun ni lebih bertambah baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Amin~

Semalam masa encik Asben nak pergi keje, dia amik 1 pic yang nmpk cantik n tenang sangat. Subahanallah ciptaan Allah sungguh mengagumkan... =)

Encik Asben cakap dia berenti tepi jalan semata-mata nak amik pic pelangi tu. Lepas jer dia amik gambar tu, pelangi tu pun ilang... cantikkan.

eh teringat plak masa aku baru kawen dulu. Amik gambar post wedding, ada gak pelangi camni. tgk gambar bawah. hehe

pic ni aku buat photobook

Monday, November 12, 2012

Fahiim Hanania dan Pen serta Kertas

Selamat Hari Isnin. Yaw ~

Sekarang si anak bujang, makin ari makin membesar, dah makin pandai n bijak
aktifnya tak payah cakap lar, letih mengejar sekarang ni.
pastu lagi 1 tak leh jumpa ngan pen.
msti nak menulis a.k.a conteng2. hehe

aritu masa checkup 18bulan, dia amik pen nurse pastu conteng2 kat kalendar nurse tu.
aduyai anak, mummy pun tak leh nak wat apa-apa.
kalau tak bagi nanti dia mengamuk, mmg dah pandai buat perangai sekarang.

kelmarin aku ada amik pic hasil seni jer. hehe (Seni Contengan)

yeah mula2 setting paper n position duduk dulu

ha dah mula


zoom sikit, nmpk tgn debob tu. hehe

taraa... ini hasilnya contengan Fahiim Hanania.
tgk yg blah kiri bawah tu mcm tangan plak,
tp secara kebetulan jer jd. semua si Fahiim yg buat. =)

sampaikan dalam kete pun nk menulis gak

ni hasil kreativiti daddy mengedit pic haha~

pasni setiap hasil contengan Fahiim Hanania, aku nak simpan,
esok dia besar leh tunjuk kat dia. kan. k.babai~

Thursday, November 8, 2012

Rezeki Hari Khamis

Arini rezeki dapat jumpa Ustazah Asni,(Penceramah bebas TV9)
 dia datang ikut rombongan daripada Pusat Tenaga Insan.


sebelum dia balik sempat amik pic ngan dia hehe

best gak ada rombongan camni, dapat jmpa macam-macam org.
=)

Semalam Cuti Hari Ini Kerja~

Salam Hari Khamis...

Aku sebenarnya nak cita pasal keje arini 
sbb dh hampir setaun aku keje kat kilang coklat Beryl's ni.

aku pnya jawatan bukan besar pun standard SPM, 
keje sbg Administration Assistant a.k.a Kerani hehe

keje tmpt swasta camni biasa lar byk "cum" 
so arini aku nk bgtau selain dari keje perkeranian biasa, 

aku kena handle Sistem Maklumat Halal untuk pensijilan halal, 
biasanya kena key in bahan ramuan ke dalam sistem,

 kalau hari-hari buat mmg leh muntah ijau haha, 
tapi best gak, sbb aku dah belajar benda baru n dah 
tau macam mana proses mendapatkan sijil halal.



 agak-agak dah nak muntah wat halal tu aku handle lawatan pulak,
 punya lar ramai org yg nak buat lawatan ke kilang coklat ni, 
tetambah ari Sabtu, mmg aku wat keje ni jer takde keje lain.

 tgk jadual lawatan. fuhh berpeluh~ 


 

 
ni masa 1st time aku handle tour, jadi pengekor jer hehe


 
 bukan senang nak handle budak-budak camni. 
aku pernah jadi tour guide sekali jer bawak budak-budak kolej 
sbb masa tu tour guide tak datang, 
terpaksa jadi bidan terjun, kemain lar suspen. hehe


 pic masa dorg jalan-jalan dalam kilang tak dapat diproses sbb 
KAMERA DILARANGKAN hehe


kalau korg nak datang leh lar contact aku, 
melawat kilang coklat, masuk free jer~

 
kekadang aku kena jadi cashier gak kalau org terlampau ramai,
 terpaksa lar membantu apa yang patut. huhu

sepanjang kerja kat Beryl's, ramai gak kwn yg datang dan pergi
 
ni aku wit kak Emma, dah resign 

aku wit Cha, dah resign gak

L-R Hanna(dah resign), kak Syerina, aku n Sarah (dah resign)

kerja ngan dorg ni best 
sbb kepala giler-giler tp
 syg tak lama plak atas masalah teknikal huhu

 ni workteam yg terbaru hehe
L-R Ain Melda (cashier),Ina (Receptionist), 
aku dah jadi senior skang haha