Iklan

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya...

Assalammualaikum warahmatullah...

Kami sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas :-
Hakiimy Yusoff, Diila Nordin & Fahiim Hanania =)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 15, 2012

26 Ramadhan 1433H (balik kampung. yeay!)

Assalammualaikum...

Setelah diperkenankan oleh bos-bos, 
maka bermula hari esok aku start cuti selama seminggu... =)
Tahun ni balik ke kg halaman teman dulu, 
di Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak.

Raya kedua baru lar balik ke 
kg halaman cik abe kite 
di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Tahun ni tahun kedua beraya bertiga tapi 
kali ni edisi Fahiim dah boleh jalan,
mesti dia lar org paling sibuk 
mengukur jalan rumah opah hehe

ha cita pasal balik kg ni,
sejak dari mula kawin lagi, 
kitorg tak payah nak fening-fening pikir
kg mana nak balik dulu.
sbb 
kitorg mmg dh plan kalau tahun ni,
raya pertama balik Perak dulu
maka secara automatik tahun depan,
raya pertama balik Kelantan plak.
begitu lar seterusnya.
rotation. bagi adil dan saksama hehe

keje suma dah siap, meja pun dah clear
balik umah kemas-kemas beg
lepas buka, rehat-rehat
terus bergerak, tak leh tunggu lagi
rindu ngan emak n ayah 

doakan kami 3 beranak selamat sampai ok
babai 

fahiim tak payah nak pening sangat.
malam ni kita balik kampung opah hehe

Tuesday, August 14, 2012

Bertuahnya si budak bernama Fahiim

nk tgk baju raya Fahiim Hanania tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
taraa

Semuanya pemberian dari makcik-makcik Fahiim Hanania.
mummy n daddy cuma menokok tambah jer
~ baju pakai umah n baju tdo + baju melayu hehe

pastu kasut pulak 
ada 2 lagi, PUMA n CROCS
tak tau lar sape yg belanja, tokmi or makcik2 dia.

untung jadi cucu sulung kan
semua org sayang 
Alhamdulillah syukur
rezeki Muhamad Fahiim Hanania
=)

Monday, August 13, 2012

Jalan-Jalan Semalam


Opss Sebelum nk shopping raya. kena tunaikan zakat dulu hehe

masa ni kat PKNS Bangi.

kawasan Selangor kena bayar RM7 seorang
  
 encik asben bayar sebanyak RM21 untuk 3orang.
 
selesai sudah tanggungjawab sebagai seorang suami. chewah.

kitorg pg PKNS ni sbb temankan MIL ngan adik2 ipar 
nak shopping,

masa tu kitorg baru jer balik dari AEON Cheras Selatan
 
 tgk lar budak demok ni, aku letak kejap atas kotak tu 
sbb dah lenguh dukung dia,
tetiba dia lembikkan badan n baring
letih lar konon. hehe

 
lalala... mummy n son =)

msti dia pelik tgk mummy dia
k bai

Fahiim Hanania dalam Pa&Ma

 AssalammualaikumWarahmatullahiWabarakatuh

Majalah Pa&Ma keluaran September 2012
tapi
eh bukan Fahiim Hanania yang jadi cover,
hehehe
 
 Pic Fahiim muncul kat bahagian dalam majalah.

Start dari keluaran bulan Julai
dorg dah letak gambar-gambar baby yang join
Si Manja Fotogenik 2012 @ 3rd Maternity & Children Expo
dekat Mid Valley masa bulan Mac aritu.

Semalam aku beli, terus cari page ni, 
mula-mula aku tak nampak sbb aku tgk bahagian bawah jer
pastu asben aku yg nmpk.

korang nampak tak?
 
 walaupun tak menang tapi 
dorg tempek gak gambar Fahiim 
n yg lain-lain kat dalam tu.

taraa =)
 

ni pic actual yg aku scan...

*bila lar fahiim hanania dpt jadi cover plak*
*mummy verangan*
 

Thursday, August 9, 2012

Indahnya ciptaan ALLAH S.W.T

19 Ramadan 1433 Hijrah
(Mlm ke 10 yang ketiga Pembebasan dari Api Neraka)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْـعَالَمِيْـن

"Segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam."



Subahanallah... pagi ni masa aku nk siap-siap ke ofis,
 ternampak permandangan yang cantik dan mendamaikan. 
terus amik gambar guna phone jer.
umah aku atas bukit so mmg nampak seluruh kawasan-kawasan disekitar.

masa ni matahari baru nak naik


yang bawah ni, ada burung-burung terbang

langit pn nampak cantik kan

gambar bawah : time ni matahari dah keluar. 
aku dah nak gerak tapi sempat lagi amik gambar
angle tak berapa cun, lain kali aku amik pakai DSLR plak.

dulu masa muda-muda mmg hobi aku amik gambar awan-awan n langit.
nnt kalau rajin aku selongkar =)
 
*nak update pagi-pagi tadi tapi byk plak keje*

Wednesday, August 8, 2012

2tahun 2bulan 2hari

Assalammualaikum...

tak perasan pulak arini aku dah kawen selama 2tahun 2bulan 2hari.
cantik plak kan 2-2-2 hehe 
tu pun ada org yang komen kalau tak mmg aku tak perasan.
thanks to cik izfanora =)


masa anniversary yg kedua aritu, kitorg tak celebrate pun. 
masa tu baru balik dari kampung. 
sampai umah dah dekat malam so aku suh asben belanja makan.
kitorg beli McD jer~Mcd Family Dinner Box.
hehehe aku tak kisah pun.
yang penting kitorg 1 family bahagia.
  


dan yang bawah ini 
bukan adiah dari asben tapi aku beli sendiri
hehehe
sebagai kenangan anniversary ke-2



cita ni mmg best sangat. 
kan OST cita ni aku wat lagu tema video nikah kitorg
nak tgk klik sini



 Semoga Perkahwinan ku ini berkekalan hingga ke syurga. amin =)
 

WordlessWednesday #13

anak saya yang comel n super duper bijak (^_^)

Tuesday, August 7, 2012

Ragam si Anak

last week aku terima satu parcel tp rasanya aku takde beli barang online. 
setelah dibuka n disemak rupanya aku menang MAM Pacifier Survey.
saje-saje takde keje time tu. sekali nama naik plak.
hadiahnya 2 biji pacifier MAM yg latest design tp
Fahiim tak guna pun pacifier so simpan wat kenangan sudah lar hehe
ada ke yang nak beli? =P

 

meh lar tgk pic anak aku yg terlatest. aduyai aktif kemain.


 hobi dia wat masa ni, iaitu main cak-cak n main bedak hohohoo


18 Ramadhan 1433H

Assalammualaikum. Salam Ramadhan ke -18 =)

Lama bebenor tak menulis. bz banget rasanya.
Arini nk cita pasal anak bujang yang makin ari makin membesar. (^_^)

Fahiim Hanania dah 1tahun 3 bulan, dia dah jalan bln lepas. skang keje nk berjalan jer. tak duk diam seminit pn. huhuu letih Tokmi nk menjaga dia. ada jer benda nk dibuat.

Berat masih maintain 12kg, tinggi plak 80cm.
kalau nk dukung. aduhai. sakit pinggang mak, nak =P
Pastu bercakap pn leh tahan lar, bahasa dia sendiri, yang pahamnya cak n mamam, tu jer.
aku lak dia panggil amma, kekadang mama, daddy tak tau sebut pn.hehe

Sebenarnya aku mula nk update last week tp disebabkan ada sales cokelat, makanya bos minta tolong kitorg semua yg kat opis, menolong kat kedai.
Sesape yg tak tau lagi. ni nk bagitau jap. Kilang Beryl's Chocolate ada wat sales cokelat dari 1 hingga 18hb Ogos, dah hampir seminggu start. Jom lar borong cokelat tuk raya =)