Iklan

Wednesday, May 2, 2012

Indahnya Hari Itu ~ Setahun Yang Lalu.


 * Entry Auto post. tuan rumah cuti bawak anak cucuk setahun. yeay*

Sempena ulangtahun kelahiran Fahiim Hanania, aku nak cita pasal kejadian-kejadian masa tu yg tak sempat aku citakan lagi. Semuanya segar lagi kat kepala dan ingatan aku…
 
  • Dari awal aku masuk wad sampai saat nak melahirkan, semua doktor yg check aku ialah perempuan. Mmg selamat. Hehehe
  • Masa lepas Fahiim Hanania dah keluar, nurse nak potong tali pusat & mengajak beramai-ramai berselawat… ada assistant nurse, asben aku, aku n nurse tu. Suma pun selawat.
  • Kelakar time asben nak azankan Fahiim Hanania, dia tak tau camna nak dukung baby. Hehe pastu aku cakap pergi lar mintak tlg nurse tu, then nurse tlg ajarkan pastu dia try sendiri n berjaya tp tetap nmpk kekok. =P
  • Lepas dah settle suma, aku baring kat katil jer n Fahiim Hanania kat baby coat tgh tgk keliling labour room tu. Dia tak tdo pun sampai masuk kat wad baru dia tdo.
  • Tengah berehat tetiba nurse bawak Fahiim Hanania keluar tp aku tak tanya pulak pg mana, aku dgr dorg ckp kaum kerabat nak tgk. Hoho rupanya family aku n family asben request nak tgk baby, baik gak nurse tu bagi tgk. Masa tu Fahiim Hanania tgk jer suma org keliling dia.
  • Oleh kerana aku bersalin time shift nak abes, nurse yg tlg aku tu pun agak bz nak balik. Last sekali dia tolong ajar aku camna breastfeeding, pastu dia ilang, tak sempat nak cakap terima kasih huhu.
  • Asben, Mak, Kakak, Papa n Mummy asben aku pastu 2org adik ipar suma tak tdo sebab nak tunggu aku. Cian dorg kan.
  • Sepatutnya petang aku bole discharge sbb takde pape mslh tp still tak dapat pape arahan so tunggu jer. Bila suma org dah balik, lebih kurang kul 8, nurse tanya, awk nak balik tak? Awk duk mana ek? Aku cakap nak lar, aku duk b.b bangi jer, pastu nurse tu kata ha dekat jer ok lar… makanya aku pun call asben tuk datang amik, padahal dia baru sampai umah, cian dia mmg letih giler. Settlekan suma, bla.bla.bla kul 11malam aku selamat discharge keluar, sampai umah dah dekat kul 12.
  • Malam tu aku tdo ngan Fahiim Hanania n emak… tetiba jer aku ada perasaan sedih, tak nak sape2 amik anak aku. Entah lar tetiba jer jadi camtu. Hoho siap nangis pastu emak perasan n kena marah sbb dalam pantang tak leh emo-emo. 
  • Esoknya encik asben nak pergi pejabat pendaftaran tapi nama anak tak confirm lagi, org suh cari awl2 tak nak. Last-last ikut gak nama pilihan aku Muhamad Fahiim Hanania. Fahiim tu aku dah pilih dari awal pregnant lagi dan kemudian baru tambah Hanania.
  • 4 may 2011 aku balik berpantang kat kampung, Fahiim Hanania kena jaundice gak tapi sikit jer, sekali amik darah pastu kuning dia turun. Terselamat dari jaundice.
  • Tapi lepas tu Fahiim Hanania ada kena hernia atau bahasa kampungnya angin pasang, kitorg bawak dia pergi berurut, nak betulkan balik kedudukan testis dia. 3 ari berurut, terselamat lar juga. Alhamdulillah.
Tu jer lar cita masa sebelum (kenangan terindah di labour room) dan selepas melahirkan Fahiim Hanania. Mmg macam-macam dugaan ada tapi untuk anak tercinta aku tak kisah. Sekarang Fahiim Hanania dah setahun. Bertambah lagi lar dugaan nak besarkan dia. Semoga Allah S.W.T beri kekuatan pada aku. InsyaAllah

Selamat Hari Lahir Pertama.

*Entry autopost genap setahun lahirkan Fahiim Hanania*


WARNING : ENTRY PANJANG DARI BIASA (mengandungi ucapan, bebelan, lirik lagu serta gambar =)


Selamat Hari Lahir Anakku. Doa Mummy n Daddy buatmu agar sentiasa menjadi anak yang baik, bijak, soleh, comel, ensem dan semua yang positif ada pada diri awak ok.


walaupun awk tak tau baca n tak memahami apa-apa lagi tapi mummy nak bagitau gak yang mummy sayang awk banyak tak terhingga. tiada nilai n tidak terkira tau.


bila mula-mula dengar lagu ungu percaya padaku terus mummy tujukan lagu ni untuk awk, cer baca cer baca dan fahami maksud dia ek.


selagi mummy masih hidup dan mampu menjaga fahiim, mummy akan beri yang terbaik untuk awak, mummy cuba. InsyaAllah.




 Lagu khas ditujukan untuk anakku 
Muhamad Fahiim Hanania bin Mohd Hakiimy
(Ungu - Percaya Padaku)


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

ohh cepatnya masa berlalu. tengok pic-pic Fahiim, semua ni membuatkan mummy rindu hoho...




 
  Love u forever <3 <3