Iklan

Thursday, April 12, 2012

Cerita Semalam (Gempa Bumi Kecil)


Semalam takde kemana pun. Duk umah jer sbb encik asben kena keje. Biasa lar keje site, semua nak cepat siap. Huhuhu.
Makanya selepas encik asben pg keje, aku n fahiim hanania menyambung tdo semula, tapi si fahiim bukan nak tdo pun. Nangis2 jer sbb kena paksa tdo padahal mata dia terpejam gak. Akhirnya kul 9.30 am aku mengalah, bangun n ajak dia bangun sekali pg tgk tb. Cita kartun. Suka kemain dia.

Pastu tetiba datang mood rajin, kemas-kemas umah, bilik suma, mandikan fahiim n bawak dia turun sbb nak amik sticker kete kat management  ofis. Dah settle kat situ, pg kedai jap beli makanan.Buatkan breakfast tuk fahiim roti bakar wit puree apple. 


Pastu lepak-lepak, golek-golek, main-main pastu sedar-sedar dah kul 1 lebih n fahiim hanania nak tdo. Aku pulak tetiba rasa nak layan ombak rindu. Hahaha
Ngam-ngam ombak rindu abes, fahiim bangun. Masa tu kul 4 pm.

Aku ajak dia pg dapur, nak masak dinner. Awal kan, biasa lar mood tgh ada, layankan ajer. 
Fahiim duk dlm high chair dia pastu aku letak lar segala macam mainan supaya dia tak boring. Siap ada kipas lagi. Lupa lak nak snap gambo.

Semalam aku masak burger kacang peas, ikan goreng kicap, sup sayur. Takde gambo gak.
Masa aku tgh masak ikan goreng kicap tu lebih kurang kul 4.30 pm, emak aku call, tgh sembang-sembang ngan emak sambil memasak tetiba aku rasa cam bergoyang jer kat dapur. Aku cakap kat emak, emak cakap kamu pening kot, apsal pulak nak pening kan. Aku pun terpikir gak, mungkin pening sbb aku lom lunch lagi. Hoho

Dah settle masak, aku lipat kain pulak, lebih kurang kul 5.30 camtu lar kot, aku rasa bergoyang lagi, eh apa hal lar pulak ni kan. Terus aku pg kat fahiim hanania yg tgh main, agak cemas n pikir macam-macam dah. Rasa takut pun ada, dah lar tinggal berdua, kalau pape jadi huhuu.

Masa tu aku tgk channel AXN, tgk the voice. Dekat kul 7 camtu baru aku tukar channel, tb3, baru lar tau ada gempa bumi rupanya, terus call emak, cakap ada gempa bumi. Patut lar rasa bergoyang. Walaupun rasa sikit jer tapi mmg serius menakutkan terus terpikir camna lar perasaan dorg yg kat Indonesia tu. Semoga Allah S.W.T terus melindungi kita.

Tu jer lar cita tuk semalam, seharian menjadi suri rumah tangga =)

*encik asben, bila nak suruh ai jadi surirumah ni…?*

1 comment:

SURIA AMANDA said...

huhu...menakutkan...kalau panik semalam x tau la camna kan..