Iklan

Monday, April 30, 2012

Besday Mummy tapi cari adiah Fahiim.

Semalam sempena besday aku, encik asben seperti biasa nak membelanja makan. 
Aku dah tau mmg dia tak beli adiah punya. Macam-macam alasan ada tp takpe lar nnt dia beli benda yg aku tak suka kang susah pulak kan. Belanja makan pun belanja makan lar. hehe

Makanya kitorg 3 beranak pun mencari tempat makan nak ditujui. Pukul 12 kitorg gerak ke Kelana Jaya dulu. anak kawan asben aku wat kenduri cukur jambul. 

Memula cadangnya nak pergi cari adiah Fahiim kat Toys R Us. Asben bagi cadangan kat Alamanda. aku pikir-pikir, Alamanda bukan ada tempat makan best, pastu aku bagi cadangan kat Mid Valley. asben setuju n pergi lar ke sanun tp kemain jem lar. parking pun full. Cancel.

Asben nak pergi Sunway Pyramid plak, tetiba aku teringat Meat Ball Ikea. aku tak pernah makan lagi pastu ramai pulak yg cakap sedap banget meat ball tu. kat sana pun ada Toys R Us, kat Ikano Power Centre.

akhirnya hajat tercapai makan Meat Ball Ikea dihari lahir ke 27. hahaha

Memula pergi Toys R Us, baru pas makan kenduri so kenyang lagi. cari adiah Fahiim dulu.
susah gak nak cari adiah yang sesuai tuk dia. tak banyak choice sangat tp kedai dia sangat luas berbanding dengan Mid Valley n Alamanda. last-last setelah berpusing 2-3 kali, jumpa jugak mainan untuk dia. Mummy n Daddy yg lebih excited nak main nnt. =P

Pastu baru pergi makan kat Ikea.
Aku pergi beli makan, asben n Fahiim pg cari tempat duduk. nasib ada tempat. 
asben cakap beli lar apa yang bole dimakan, 
aku pun order lar 10 Meat Ball, 2 Chicken Wings, Salmon, n Sausage Panjang tu, pinggan sampai 4 tp makan berdua jer. untuk fahiim aku bagi dia makan soft bun n Salmon.
lama gak lar nak settle kan makan. org pun ramai ngah cari tempat duduk. 
kenyang sangat semalam. tengkiu very much encik asben ku.

Jom tgk gambo~

 Fahiim Hanania with kawan-kawan 
Arash, Amir n Aziem. 
Umo dorg 4 & 5 tahun, 
Fahiim eksyen, macam dah besar =)

 
Daddy yang ngah pilih mainan, Fahiim plak yang pening. hehe

 sama tak mata?

 tu dia makanan =)

 besday gurl excited =P

 menghayati makanan

Fahiim terkejut tgk makanan byk.

Itu jer lar cita smlm. tak sabar tggu esok. Party time 
dadaa~

Sunday, April 29, 2012

Hari ni besday saya (^_^)

Alhamdulillah...
Aku bersyukur, Allah S.W.T beri aku segala kenikmatan menjadi seorang anak, seorang adik, seorang isteri dan seorang emak...

Selamat Hari Lahir ke 27 buat diri sendiri.
Huhuhu


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 23, 2012

Besday Countdown ~ Lagi Seminggu

Assalamualaikum.

Lebih kurang seminggu jer lagi anak ai nak sambut besday, 
preparation hampir siap, simple jer nak buat pun. 

takde tema pape tp rasa cam kaler tema dia ialah kalerful,
senang tak payah suh org pakai baju kaler tertentu. hehehe

kek dah siap tempah. kalerful gak n tempek gambar fahiim kat situ.

untuk goodies bag, aku letak choc beryls.(dah nama keje beryls kena lar promote.)
pastu apam polkadot, keropok roda & maybe some toys.


makanan pulak ialah my mom delicious nasi ayam. hehehe atau lebih dikenali sebagai nasi ayam opah chu =)

untuk perhiasan, aku dah beli belon n banner, pastu aku dah print gambar fahiim from new born sampai 11 months. 

lagi apa ek. ha baju tuk fahiim hanania, aku dah beli aritu tp mcm tak ensem plak fahiim pakai baju tu, so aku nak cari baju kemeja lar utk dia, baru nampak ensem dan bergaya. hehe

majlis sambutan buat kat umah ai jer, wat kecil-kecilan untuk family n kawan terdekat sbb umah aku apartment so kawasan agak terhad. lain kali kalau aku wat besar-besaran leh ajak suma yg aku kenal. =)


doakan semoga majlis ini berjalan dengan lancar. amin.sekian.


untuk sesi cuci mata. lihat pic di bawah aksi budak demok ni =)



Dah Setahun Tak Tengok Wayang

Tiket kat atas tu ialah tiket wayang terakhir aku tengok sebelum Fahiim Hanania lahir ke dunia.
Lepas tu dah tak bole tgk wayang, sebenarnya bole aje kalau nak tengok, tapi tak sampai hati nak keluar tanpa bawak anak sama. Aritu ada plan nak tgk cita Seefood sbb Fahiim suka sgt kalau trailer Seefood kuar kat tb tapi takut plak dia tak duk diam dalam panggung.
takpe lar tunggu dia besar sikit. Kan. =)


Date : 23/04/2011. Time : 5:15pm Venue : GSC Alamanda 

Ceritanya : Penunggu Istana  Review kat sini

Friday, April 20, 2012

RC drift car friendly tournament~

Date : 15 April 2012
Venue : RnR - SKVE (yang belum siap punya!)

Ahad lepas patutnya kena pg umah pakcik asben, ada makan-makan, mula ingat pas Zohor rupanya pas Asar makanya encik asben cancel kan ke rumah pakcik dia sbb nak menuju ke tempat kerja dia kat Jenjarom sana. korang tau tak kat mana Jenjarom? Jenjarom berjiran dengan Banting dan berhampiran dengan Klang, kawasan Cina tp ramai gak org Jawa. eh cerita pasal sejarah Jenjarom lak.

seperti yg sedia maklum asalkan ada port jer, mana-mana pun on jer asben aku ni nak main RC car dia... hoho 
Fahiim Hanania n mummy cam biasa lar, ikut sahaja =)


mula-mula kena start kete dulu, kasi panas enjin.
 
ni pesaing, kete n org sama besar. hahaha 

 kete si mok ni telah melanggar kete si asben

LASTLY
:
:
:
:
:
 
tu saje pic yang ada sbb si Fahiim Hanania ketakutan.
ramai org tak dikenali ada masa tu. 


Perlumbaan tu pun aku tak tau sape yang menang sebabnya aku jumpa kawan lama a.k.a kakak angkat hehe
bawah ni pic dia, kak umy aku panggil,
dia org Indon sebenarnya, dah lama aku kenal since belum kawen lagi, 
aku kenal dia dulu baru kenal asben, baik sangat kak umy ni.
kalau masak bakso sedap banget.
Fahiim Hanania yang baru jumpa tu pun ok jer ngan dia. 
biasanya org yang baru kenal dia tak nak sangat tp ngan kak umy ni dia ok pulak. PELIK


Masa aku lepak ngan kak Umy dengar dorang racing on the road plak. suka lar encik asben aku tak kacau dia ngah main. 
kul 8.15 camtu aku balik, kak Umy bagi RM50 kat Fahiim Hanania, pastu ada sorg lagi kakak aku tak kenal sangat, dia bagi RM10. Fahiim Hanania untung RM60 aritu. hehe

Masuk jer kete, jalan 5 minit camtu Fahiim Hanania terus tdo, pastu sampai kat umah pun tak bangun-bangun sampai pagi. hoho

9&12 hari lagi

Countdown besday aku 9 hari lagi n countdown besday Fahiim Hanania 12 hari lagi. Hoyeah =)


Pebenda ek pic ni? [н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅] entry kemudian... 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 18, 2012

W W 14

Bukan cobaan korek idung... [н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅] tapi cobaan nk suh org diam.. Shhh
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 17, 2012

Barangan Garnier Untuk Direbut #3 by Pupel Liyana

bestnya dapat barangan garnier free ni... =)


kalau dapat jadi adiah ari jadi aku lar hehehe


sesape nak join sila lah terjah ke -----> Barangan Garnier Untuk Direbut #3 by Pupel Liyana




Tarikh akhir rebutan : JUMAAT MINGGU DEPAN ( 27 APRIL 2012)

Friday, April 13, 2012

Toys R Us ada sale!

Nak cari adiah tuk Fahiim Hanania =)



Thursday, April 12, 2012

Update Fahiim Hanania.

Masa ari selasa aritu, pas balik dari umah MIL, Fahiim Hanania dah belajar nak berdiri tanpa sokongan. 
mula-mula dia berdiri pastu tetiba dia lepas tangan, aku kira sampai 5 saat jer pastu dia jatuh. tapi gelak-gelak hepi jer. Fahiim Hanania dah bersedia nak berjalan kot.

pastu skang ni suka sangat ngan boboiboy sampaikan dah pandai cakap boboiboy. bila iklan keluar atau aku nyanyi lagu boboiboy, msti dia ikut jugak... mummy n daddy tak tau sebut lagi. hehe

aritu gak dia ada wat peristiwa kelakar, dia kena marah ngan daddy sbb suka main plug, 
daddy buat-buat nak cubit dia, sekali dia merajuk n nangis merangkak masuk bilik.... 
kitorg wat tak tau jer lar, pastu dia intai dari pintu bilik sambil gelak-gelak. 
kelakar jer tgk dia. 

makin dekat nak setahun ni, makin banyak pulak perangai baru dia keluar. 

 ha Fahiim Hanania suka main kat plug ni lar.
 n pandai plak merajuk, merangkak masuk bilik.

ni baru lepas percubaan berdiri kemudian terjatuh.
kat mulut dia ada tuala. Fahiim suka gigit tuala.hoho


bawah ni pic dia tengah tuntut ilmu kete RC ngan daddy hehe
tolong pegang remote.

Fahiim duduk 'katak'.
*emak aku panggil duduk camtu ialah duduk katak, aku pun tak tau nape*

 tgk siap menari-nari lagi. kemain hepi. abes gambo bergoyang. hiks

Cerita Semalam (Gempa Bumi Kecil)


Semalam takde kemana pun. Duk umah jer sbb encik asben kena keje. Biasa lar keje site, semua nak cepat siap. Huhuhu.
Makanya selepas encik asben pg keje, aku n fahiim hanania menyambung tdo semula, tapi si fahiim bukan nak tdo pun. Nangis2 jer sbb kena paksa tdo padahal mata dia terpejam gak. Akhirnya kul 9.30 am aku mengalah, bangun n ajak dia bangun sekali pg tgk tb. Cita kartun. Suka kemain dia.

Pastu tetiba datang mood rajin, kemas-kemas umah, bilik suma, mandikan fahiim n bawak dia turun sbb nak amik sticker kete kat management  ofis. Dah settle kat situ, pg kedai jap beli makanan.Buatkan breakfast tuk fahiim roti bakar wit puree apple. 


Pastu lepak-lepak, golek-golek, main-main pastu sedar-sedar dah kul 1 lebih n fahiim hanania nak tdo. Aku pulak tetiba rasa nak layan ombak rindu. Hahaha
Ngam-ngam ombak rindu abes, fahiim bangun. Masa tu kul 4 pm.

Aku ajak dia pg dapur, nak masak dinner. Awal kan, biasa lar mood tgh ada, layankan ajer. 
Fahiim duk dlm high chair dia pastu aku letak lar segala macam mainan supaya dia tak boring. Siap ada kipas lagi. Lupa lak nak snap gambo.

Semalam aku masak burger kacang peas, ikan goreng kicap, sup sayur. Takde gambo gak.
Masa aku tgh masak ikan goreng kicap tu lebih kurang kul 4.30 pm, emak aku call, tgh sembang-sembang ngan emak sambil memasak tetiba aku rasa cam bergoyang jer kat dapur. Aku cakap kat emak, emak cakap kamu pening kot, apsal pulak nak pening kan. Aku pun terpikir gak, mungkin pening sbb aku lom lunch lagi. Hoho

Dah settle masak, aku lipat kain pulak, lebih kurang kul 5.30 camtu lar kot, aku rasa bergoyang lagi, eh apa hal lar pulak ni kan. Terus aku pg kat fahiim hanania yg tgh main, agak cemas n pikir macam-macam dah. Rasa takut pun ada, dah lar tinggal berdua, kalau pape jadi huhuu.

Masa tu aku tgk channel AXN, tgk the voice. Dekat kul 7 camtu baru aku tukar channel, tb3, baru lar tau ada gempa bumi rupanya, terus call emak, cakap ada gempa bumi. Patut lar rasa bergoyang. Walaupun rasa sikit jer tapi mmg serius menakutkan terus terpikir camna lar perasaan dorg yg kat Indonesia tu. Semoga Allah S.W.T terus melindungi kita.

Tu jer lar cita tuk semalam, seharian menjadi suri rumah tangga =)

*encik asben, bila nak suruh ai jadi surirumah ni…?*

Monday, April 9, 2012

Maxi Dress oh Maxi Dress (mengidam!)

Salam Monday Tak Blues… hik3

Pepagi buta aku dah update kan. Ni gara2 tak senang duduk memikirkan MAXI DRESS.

Tetiba pulak ada perasaan teringin nak pakai Maxi Dress… tapi ok ke aku pakai? Sesuai ke ngan aku?

Aku suka tgk Maxi Dress kat thepoplook. Igt nak beli 1 lar…
Next month ada annual dinner, leh aku melaram ngan maxi dress.

Tadi aku tgk FB, nmpk pulak pic ayun from ayunar… jeles jer tgk dia pakai maxi. Dia pun ada jual maxi dress gak. Murah sikit dari The Poplook

Aduyai bole giler meroyan camni. Hahaha

Jom kita tgk Maxi Dress yang mana sesuai utk aku. Sila bagi cadangan ek… =)

 kita mulakan dengan pic from Ayunar
 Maxi Dress Naira - RM65

 Maxi Dress Tiara - RM65
 Maxi Dress Lace Saffiya - RM65 
 
 pinjam pic ayun yang gorgeous. ni ayun pakai sama ngan yang atas tu.

bawah ni pic from THE POPLOOK
 Colour Block Maxi - Black Poppy - RM79


Laila Maxi Dress - Black Poppy -RM 79

Harlow Henley Maxi - Red Poppy - RM79

huhuu skang kan mmg trend memakai maxi dress ni. 
makanya aku pun nak try lar gak. 
kalo aku berjaya pakai, aku post kat sini.
ok lar nak wat keje dulu. babai

Friday, April 6, 2012

Sedapkah epal ini?

terjumpa pic pelik ni.
hampir lupa kejadian dia apa.
setelah ditenung-tenung.
nampak kesan gigitan.
hahaha
tu ialah keje anak buah aku yang bernama 
Muhammad Anith Fareldani
dia ingat epal betul kot.
sedapkah epal ini?
dia jer yg tau. hiks

Sabo jer lar~ 

*gambar kat Kuantan, Pahang*

Thursday, April 5, 2012

Untukmu~


Eh dah bulan April ek?
Alamak aku dah lupa, biasanya bulan April ialah bulan faveret aku.
Ye lar kan ujung bulan April besday aku tapi skang aku tak pikir dah sebab
Sibuk memikirkan besday fahiim hanania 02/05/2012, InsyaAllah besday celebration dia pada 01/05/2012. muktamad. No objection. Kang ada pulak nak suruh tukar tarikh ni lar tarikh tu lar. *ops termasuk bab lain pulak* sila abaikan

Hoho taun ni aku dah nak masuk 27tahun dah. Kejap jer masa berlalu. Dah jadi bini org dan jadi mak org pun. Makanya tak payah lar pikir besday celebration utk diri sendiri.
Anak dah jadi keutamaan.

Korus lagu Untukmu – Joe Flizzow feat Ila Damia

Untukmu
Untukmu, untukmu
Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu
Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku

Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu
Kerna ini semua untukmu
Untukmu, untukmu


Hoyeah… mmg semua yang kulakukan untukmu 
anakku Muhamad Fahiim Hanania <3 <3 <3 <3


Aku Stressss

hua.hua.hua


aku stress takde keje nak wat.
aku stress semalam kena cover keje org.
aku stress fikir nak celebrate besday.
aku stress duit gaji dah abes.
aku stress henpon berkamera tertinggal kat umah kakak
aku stress batuk tak ilang lagi.
aku stress tetiba rasa mengantuk pulak ni.
aku stress tetiba perut rasa lapor.
aku stress hari-hari nak makan coklat.
aku stress dengar ringtone boss aku yg rasa nak berjoget jer ni.
aku stress tgk jam belum kul 5 lagi.
aku stress dah tau nak taip apa...


aduyainya pun. banyak plak aku stress kan. hahaha


korang pun stress? jom lar ikut aku buangkan stress ini satu persatu


klik benda alah ni --------> AkuStress.Com


tetiba aku punya stress ilang di awangan... hehehe
try lar ok babai.


*eh jap AkuStress ni abg nara (BeautifulNara) yg punya*

Mari-mari tengok ni

hai kawan-kawan

setelah dah hampir setahun beranak ni. mula lar terasa rindu.
 tgk balik pic si fahiim hanania masa baru lahir.
terjumpalah pic ini.
masa tu tak dan nak update blog. *emak marah hoho*

pic ni masa fahiim berumur 28hari. 
bila disemak-semak rupanya ada gak muka fahiim macam muka aku 
walaupun ramai yang cakap macam bapak dia tapi
 nah bukti ada macam muka aku gak 
hehehe
 
 nampak tak persamaan kitorg?


sama comel sama padan kan
emak n anak
*saya sayang anak saya*
ALHAMDULILLAH =)

Monday, April 2, 2012

Happy 11 Months Cayang~

wah.wah.wah... kejap jer masa berlalu. arini anak saya dah 11 bulan.
next month dah nak celebrate besday... 

aku dah mula rindu saat2 dia dalam perut, masa baru lahir dan saat2 dia nk membesar sampai skang ni.
kebanyakan kawan2 aku yg anak dia lahir 2011 suma dah nk tmbh anak tapi aku lom sedia lagi sebab nak bagi tumpuan penuh tuk fahiim hanania sampai dia dah pandai cakap, dah pandai nak pg toilet n bla bla bla baru aku bagi adik kat dia. hehe

skang ni dia masih lagi dalam proses nak berjalan, meniti jer bole, berdiri tanpa pegang agak susah sikit.
cakap plak, ada sikit-sikit dia mula tiru org cakap.ank buah aku panggil mak dia, fahiim pun tiru.
dah pandai respon bila org marah. nangis n merajuk.
suka main dengan budak besar. konon2 dia dah besar lar tu. hehe


kalo korang tgk gambar bawah ni n tak tau umo bape. msti igt dia dah 1 tahun ke atas kan. hehehe
gambar ni masa photoshoot kat 3rd Maternity & Children Expo aritu. cita basi tapi aku tak sempat nak cita.=P


 
harap2 planning besday party fahiim hanania next month berjalan lancar. Amin =)