Iklan

Monday, March 12, 2012

Chocolate Training


Salam ari Isnin.

Arini aku nk update suma cita basi hahaha

Cerita pertama, tarikh kejadian 23 February 2012. masa aku taip entry ngantuk, petang tu dah tak ngantuk lagi sebabnya aku kena pergi training. Hik3
Selalunya org cakap pergi training membosankan tapi aku pnya training ni best best best (saje ulang tiga kali, bukan gagap)

Iaitu

CHOCOLATE TRAINING

Bos suh kitorg pergi training supaya bole mengenali dengan lebih dekat apa itu coklat. Aku dah tau lar sket2 pasal coklat.

Start kul 2pm, mula-mula coklat trainer terangkan pasal coklat. Macam dalam pic di bawah, dia bagi rasa jenis2 coklat, menurut survey yg dia dah buat, rakyat Malaysia suka coklat yg manis berbanding yg pahit.

Sebenarnya yang pahit tu  kena makan sikit-sikit, kalau makan terus banyak sekali, memang rasa mcm makan ubat hoho

Pastu kitorg bergerak menuju ke tempat membuat coklat. Nak buat praktikal coklat di sanun. Sebelum sampai ke tempat dituju, amik pic dulu. Haha. Kat kilang ni ada mcm2 jenis gambar pasal coklat.
Pastu dah sampai tempat yang dituju, basuh tangan suma, bersiap sedia ngan bahan-bahan,
Chef coklat ni pun menerangkan cara2 nak buat handmade coklat. Suma step by step (sila rujuk gambar dibawah) hehe

Gambar atas ni plak, nk letak filling dalam coklat.

Pastu tiba lar masa kitorg plak buat coklat. Tak dapat nak amik gambar lebih-lebih sebab tgk lar sendiri tangan kitorg dah jadi apa.

Walaupun tangan, baju suma comot-comot tapi hasilnya mengkagumkan. Hehehe
Last sebelum balik, kitorg dapat sijil penghargaan atas kejayaan coklat buatan tangan sendiri.



 Ni hasil coklat aku buat, leh bawak balik bagi kat asben terchenta makan =)

*dah selamat masuk dalam perut. hehe*

No comments: