Iklan

Friday, March 30, 2012

kelakar tak cerita saya?

hahaha aku tak tau nk letak tajuk apa ni...


ni cerita pagi tadi.time nak pergi keje.


dah setting suma ok, daddy turun dulu. fahiim hanania turun ngan aku sbb arini ujan, biasanya daddy bawak fahiim sekali sbb nak panaskan enjin dulu. mummy kan siap lama. hoho


sblm asben turun, dia dah tanya, bawak suma ke beg ni?
haah bawak jer lar. aku cakap sambil2 ngah bersiap.
pastu dia pun turun tanpa ragu-ragu.


aku dah siap suma, panggil fahiim hanania yg sibuk tgh main. pastu dah buka pintu


aiya... KUNCI RUMAH ADA DALAM BAG YANG TELAH DIBAWA TURUN OLEH DADDY. macam mana aku nak buka pintu grill ni...


so msti korang cakap apa masalahnya, bukan tak leh telepon. hahaha


itu lar masalahnya, kredit pulak non-ado (i tak pakai bil takut melambung2 hehe)


jadi aku terpaksa lar membebel-bebel kat fahiim hanania, yg klakarnya dia bole nangis pulak.hehe
aku cakap mummy bukan marah fahiim lar.


pastu sambil tu aku cari jalan gak, camna nak call laki aku ni. siap dail 999, sekali dh terangkat, aku cakap sori2... nak jer aku mintak tolong operator tu call kan laki aku tp kang dia cakap apa plak. huhu


last2 laki aku call, terus jer aku cakap, kunci ada dalam beg.hahaha dia pn ckp erm ok.


pastu dia dah naik atas, leh lak dia tanya aku, kalo dia tak call camna?


jawapan aku, SAMBUNG TIDO BALIK.


sekian terima kasih hohoho =)



aduyainya pon...

Assalammualaikum~


arini baru ada rasa nk menulis setelah bersakit-sakitan selama seminggu, itu pun ada lagi sisa-sisa sakit tp ku tahan. maklum lar gaji dah masyuk...


mggu lepas ari selasa sampai lar ke arini, huru hara aku rasa idup aku.
lepas yg entry musim penyakit dah datang, igtkan fahiim hanania dah ok rupanya lagi teruk,
aku balik kerja, depan pintu pagar lagi dah dengar fahiim nangis. kuat lak tu. 
pastu mlm, langsung dia tak leh tdo, batuk n demam yang agak panas.
menangis jer dia sepanjang malam.


Esoknya ari Selasa (20022012) terpaksa lar aku amik EL nk bwk dia pergi jumpa doktor, tengahari tu aku pg Klinik Pakar Kanak-kanak An-Nur, sekali tutup untuk waktu rehat, terpaksa lar tunggu sampai 3pm. bila dah bukak no giliran aku no 3 jer pun, tapi dah namanya doktor pakar, lama kemain check. huhuu

tiba giliran aku kejap jer plak.
dia tgk jer dada fahiim pastu dengar pakai stethotoscope, pastu doktor cakap dia kena masuk wad ni sbb dia macam susah bernafas.mcm tu jer. dia suruh nurse bagi nebulizer sekali pastu dia buat surat untuk hantar ke Hospital Putrajaya. (nak masuk An-Nur mmg tak mampu lar huhu)


masa amik nebulizer untuk kali ke 4 ni, fahiim elok jer tak nangis langsung, siap tdo lagi. huhuu bagus2...
dah siap nebulizer, pg byr, RM70 kena charge. maka berangkat lar 3 beranak ke Hospital Putrajaya.


aku pg kat emergency Hospital Putrajaya, memula kena pg register kat Triage. dia check2 suma, fahiim hanania dapat rawatan yg kritikal sbb untuk penyakit asma mmg diberi keutamaan. so kena amik lagi nebulizer, kali ni dia nangis plak tapi aku pujuk2 sampai dia tertidur gak, pastu datang doktor check, muda lagi doktor ni, cute jer hehehe... tanya soalan macam2 lar, pas abes nebulizer, fahiim hanania kena amik darah, aku tak leh teman lak tu, baringkan dia kat katil jer, cian dia... dapat dengar dia nangis jer. huhuu sedey.


pas dah siap amik darah, bawak fahiim pergi x-ray plak. 1st time bawak budak buat x-ray.
dia nk x-ray bahagian dada. so kena baringkan fahiim kat katil pastu aku berdiri kat ujung katil n kena pakai 1 benda ni, macam perlindung lar letak kat pinggang sambil pegang kaki fahiim. start lar x-ray, fahiim takut jer tgk mesin tu dtg kat dada dia. nangis jer. tapi takde lak meronta-ronta.


dah siap x-ray, pergi balik kat emergency. duk kat tempat amik nebulizer td. lama pulak tunggu doktor tak muncul-muncul, dapat lar tgk drama kat emergency room tu, ada org gaduh laki-bini siap jadi kes polis, laki dia pengsan lepas dah pukul bini dia. (hahaha kelakar jer sempat lagi amik tau pasal cita org =P)


doktor pun datang, dia kata mmg ada kuman dalam paru-paru fahiim tapi tak serius sangat, dia bole ilang kalau makan antibiotik dengan dos yg ditetapkan.doktor ckp tak payah masuk wad dulu. kalo mlm tu, fahiim tak leh tdo n tak leh bernafas, bawak lar dia datang emergency ni balik. sebenarnya fahiim kena penyakit bernama pneumonia. huhuu bahaya wooo nasib lar tak jadi masuk wad.


Alhamdulillah skang dah ok. tggl sket2 jer batuk dia tapi aku plak yg sakit tak ilang2 ni. huhuuu ari khamis (22022012) aku pulak yg demam sampai lar ke arini. lagi 1 penyakit baru, telinga belah kanan ni dh kurang pendengaran, aritu bernanah tapi still tak ok. arini kena pg check ngan ENT lar. huhuu bahaya dibiar lama-lama. kang rosak alat pendengaran aku pulak. doakan aku sihat seperti sedia kala ya. TQ Amin...

Monday, March 19, 2012

Musim Penyakit Dah Datang.

Assalamualaikum~

semalam adalah hari lepak kat klinik n tdo kat umah. hoho

Fahiim Hanania kena penyakit batuk n selsema sejak ari khamis lepas,

masa ari jumaat, batuk n selsema makin teruk sampaikan dia tak leh tdo, nangis.nangis jer
.kesian.

macam-macam cara aku pujuk, pastu segala minyak angin aku sapu, still gak nangis.nangis.
mata dia pejam jer, ngantuk tapi ada gangguan plak.

last-last aku dodoi kat riba, baru dia lena. aku kena lar tdo duduk, takpe lar anak punya pasal kan.

bila siang dia ok jer, aktif balik. ingatkan dah ok, tgk ari sabtu pn camtu gak, malam-malam nangis jer,

so ari ahad bawak dia pergi An-Nur, Bandar Baru Bangi, check2 sekali kena amik nebulizer, sebab penuh kahak didada, lagi 1 fahiim mmg dah ada keturunan lelah so agak bahaya.

bila doktor ckp kena amik nebulizer, aku dah suspen, msti fahiim hanania meronta-ronta nnt.

sampai jer giliran, mula2 duduk ok jer, sbb dia tak tau nk kena buat apa, pastu MA tu on kan gas, dia dah gelabah, letak jer kat mulut dia terus meronta-ronta, geleng-geleng kepala, pastu tarik benda tu...

aku igt nk amik pic tapi mmg tak sempat.

dah abes kena duk luar dulu sbb nk review balik ngan doktor, time tu nangis teresak2, aku pujuk2 pastu ok.
jumpa doktor balik, doktor cakap still ada kahak n fahiim susah nak bernafas, doktor suruh amik lagi nebulizer lepas 5 minit, pastu kena datang lagi kul 10 pm pulak.

Makanya smlm adalah hari menangis n mengamuk buat fahiim hanania disamping kena amik 3 kali nebulizer.

yg kedua tu pun sama jer nangis dan meronta2, pastu dah settle, kitorg balik umah, bagi fahiim hanania makan ubat n dia pun tdo, daddy n mummy pun turut serta jugaklah tdo. Lama lak tu tdo, hoho

pastu mlm kena amik nebulizer yg last, time tu dia tdo, mmg konfem lar nangis n mengamuk tp masa ubat tu dekat nak abes, dia dah ok sambil control ensem, dia redha kot. Hehehe

jumpa doktor, alhamdulillah dah kurang, tak payah nak repeat amik nebulizer arini. doktor suruh makan ubat jer n tepuk2 sket kat belakang badan dia, bagi kahak tu turun.

Huhuh kesian lar anak mummy ni.

Masa duk kat klinik, mmg ramai lar budak2 yg batuk, yg kena amik nebulizer pn ada 2-3 org…

Arini aku lak rasa pening2 n sakit tekak. Aduyai~

Thursday, March 15, 2012

Muka-muka comel anak saya (^_^)

Saya SAYANG budak ini banyak sangat !!

Sekian, terima kasih

Daddy giler RC Car pulak!

Cerita basi no 2 plak, tarikh kejadian 25022012,cerita pasal Daddy Fahiim Hanania dah giler kete RC a.k.a kete kontrol hohoho.

Masa tu ari sabtu, pergi lar kitorg 3 beranak mencari kedai RC kat puchong, dengan sesatnya, tersalah masuk simpang, redah lubang sini, lalu celah umah org, akhirnya jumpa gak tempatnya kat komplek puchong perdana, kedai DRC Toys. 

mmg banyak lar kete-kete kontrol kat situ, rambang mata encik asbenku huhu, pastu harga murah lar jugak sbb sebelum nekad pergi ke Puchong ni, kitorg dh survey dulu dalam internet, kedai ni mmg berpatutan.

masa mula nak naik kat kedai tu, dah dengar dari bawah bunyi kete-kete ngah racing, bila naik baru tau siap ada track utk main drift, bukan budak2 yang main tapi suma bapak budak.haha.
ada sorg jer budak kat situ, dia ikut bapak dia, siap ada kete 1 sorg lagi, bapak 1 anak 1, nasib baik emak dia tak ikut sekali.=P

Fahiim Hanania pun tak duk diam lar tgk kete2 kat situ. siap nak amik lagi. ada hati jugak dia nak main, pastu daddy siap janji, bila Fahiim besar sket, daddy nk beli 1 untuk Fahiim. Hehe elok lar tu.
Lama gak lepak situ sbb tunggu daddy ni memilih kete, bersoal jawab bagai n last sekali belajar nk guna camna, haha biasa lar 1st time user.
ni kete fahiim hanania.
 

 Ni lar kete yg menjadi pujaan hati asbenku. Poyo jer kan =P hehehe

Kalau nak tau, sejak kete ni dibeli, merata tempat kitorg dah pergi. Sunway, Damansara, Titiwangsa, Putrajaya, Saujana Prima, stadium Sekyen 15 Bandar Baru Bangi malah bawah rumah pn ada gak. Tujuannya nk mencari spare part n port nk main, aku tak kisah pon, I follow jer.

meh layan pic kitorg ni. tak paksa okeyh hehehe 
 ngah memilih n belajar kat DRC Toys




 ni trek kat depan kedai tu

  
 masa balik umah, fahiim hanania sibuk

test kete

Monday, March 12, 2012

Chocolate Training


Salam ari Isnin.

Arini aku nk update suma cita basi hahaha

Cerita pertama, tarikh kejadian 23 February 2012. masa aku taip entry ngantuk, petang tu dah tak ngantuk lagi sebabnya aku kena pergi training. Hik3
Selalunya org cakap pergi training membosankan tapi aku pnya training ni best best best (saje ulang tiga kali, bukan gagap)

Iaitu

CHOCOLATE TRAINING

Bos suh kitorg pergi training supaya bole mengenali dengan lebih dekat apa itu coklat. Aku dah tau lar sket2 pasal coklat.

Start kul 2pm, mula-mula coklat trainer terangkan pasal coklat. Macam dalam pic di bawah, dia bagi rasa jenis2 coklat, menurut survey yg dia dah buat, rakyat Malaysia suka coklat yg manis berbanding yg pahit.

Sebenarnya yang pahit tu  kena makan sikit-sikit, kalau makan terus banyak sekali, memang rasa mcm makan ubat hoho

Pastu kitorg bergerak menuju ke tempat membuat coklat. Nak buat praktikal coklat di sanun. Sebelum sampai ke tempat dituju, amik pic dulu. Haha. Kat kilang ni ada mcm2 jenis gambar pasal coklat.
Pastu dah sampai tempat yang dituju, basuh tangan suma, bersiap sedia ngan bahan-bahan,
Chef coklat ni pun menerangkan cara2 nak buat handmade coklat. Suma step by step (sila rujuk gambar dibawah) hehe

Gambar atas ni plak, nk letak filling dalam coklat.

Pastu tiba lar masa kitorg plak buat coklat. Tak dapat nak amik gambar lebih-lebih sebab tgk lar sendiri tangan kitorg dah jadi apa.

Walaupun tangan, baju suma comot-comot tapi hasilnya mengkagumkan. Hehehe
Last sebelum balik, kitorg dapat sijil penghargaan atas kejayaan coklat buatan tangan sendiri.



 Ni hasil coklat aku buat, leh bawak balik bagi kat asben terchenta makan =)

*dah selamat masuk dalam perut. hehe*

Friday, March 9, 2012

Coklat Baik Utk Kesihatan

Masa aku pg training choc last month, ni artikel yg dorg bagi, makan coklat tak semestinya mengemukkan ya kawan2 tapi bole mencegah penyakit...
=)

Friday, March 2, 2012

Happy 10 months my baby demok =)

Salam Jumaat.
Cepatnya masa berlalu, arini dh 10 bulan umo si budak demok,
 Muhamad Fahiim Hanania

Ya Allah berkatilah perkahwinan kami, jadikan lah anak kami sebagai anak yg baik dan soleh di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbalalamin

teringat-ingat lagi time bawak perut, menunggu saat dia keluar, dalam labour room, masa pantang, n bulan ke bulan, tup.tup arini dah sampai ke bulan kesepuluh... tinggal lagi 2 bulan dia dah nak setahun...mmg rasa kejap sangat2. huhuu



takde perubahan sangat dari 9 bulan ke 10 bulan, sama jer, makin ari makin bijak n aktif. oohh ari jumaat lepas, aku nmpk gigi ke 7 dah keluar. hoyeah dah makin banyak gigi dia.

skang ni kepala aku asyik fikir pasal birthday celebration dia jer, nk wat apa, tema apa, kek apa suma tu dah legar2 kat kepala ni... hoho  
ada lagi 2 bulan so tunggu n lihat jer camna nnt hehe

Alhamdulillah pada usia perkahwinan 1tahun 8bulan 3minggu & 4hari, aku n asben dah ada anak berusia 10 bulan... bahagianya idup =) 
(tunggu Fahiim Hanania umo 2 tahun tambah anak lagi 1 hehehe)
sempena ari Jumaat yang mulia ini, doaku agar kami bersama selamanya hingga ke akhirat kelak... Amin



~banyak cita basi nk storii morii ni tapi bz banget lar. huhu~