Iklan

Thursday, December 29, 2011

fahiim hanania dan roti~


malam mggu yg lepas, kalo ikut plan nk pg jejalan kat i-city tapi tetiba tak jadi sebab ari ujan, rasa malas plak nk pg...
maka kitorg pn pergi giant, nk beli barang sket...
selalu pg giant, fahiim hanania naik stroller tak pun dukung jer kalau nak beli barang sikit.
tapi kali ni nk try letak dalam trolley plak... hehehe
nampak stabil jer tapi risau gak tergolek sbb kat tepi tu takde penghadang, si budak debab ni dah lar tak leh duk diam...


ewah macam dah besar jer dak ni~

memula pg kat bahagian sabun, keadaan fahiim hanania masih terkawal then pas dah pilih barang kat situ berlalu lar kat bahagian roti2... aku n abg k pilih2 roti pastu letak dalam trolley
tetiba aku dengar cam bunyi plastik renyuk2 kat sblh kanan aku, masa tu mmg dah igt fahiim lar punya keje, igtkan dia usik yg dalam trolley tu, rupanya dia nk amik roti coklat kat blah kanan aku, nasib baik tak jatuh... ada pic kat bawah ni... ce korg imagine macam mana keadaan cita aku ni, nak amik pic masa dia tgh mengerjakan roti tu tak sempat plak, kang naya bertaburan roti kat atas lantai... hoho
tu nasib baik roti, kalau lalu kat bahagian kaca-kaca... mmg agak bahaya disitu~

so MORAL of the story, pastikan tangan anak anda tidak meraba-raba ketika di pasaraya =)














 ha pic ni selepas kejadian, roti yg dia nk amik, ada sebelah kanan, bila cubaan pertama tak menjadi, dia nk try amik roti yg tu plak... =)

 muka bersalah bila daddy marah dia hahaha

pas kat bahagian roti berlalu ke bahagian diapers,
nmpk gayanya fahiim ni suka shopping lar =P

 "daddy, fahiim rasa nk try diaper yg baru..."

 "erm mari kita tgk samplenya"

No comments: