Iklan

Friday, July 1, 2011

Kronologi Bersalin

Sempena dh 2bln aku selamat melahirkan fahiim hanania, aku nk tulis kronologi bersalinkan fahiim hanania 2 May aritu sbg kenangan yg terindah dalam idupku. Chewah ! 
Taun dpn dan dpn dan dpn lagi, leh baca balik. =)

20 April 2011
aku dah start cuti. Kot2 fahiim hanania nk kuar awl, lagipun aku nk bersalin kat Hospital Putrajaya. Aku lak duk kat Banting, mcm jauh jer nak pg spital kalo dah sakit. Maka dengan itu aku cuti awl n duk kat umah kakak aku kat Bandar Baru Bangi.
emak n ayah pun dah standby kat umah kakak aku gak.

26 April 2011
Tunggu punya tunggu tak gak kuar. Time ni aku ada check up kat KK. Suma pn ok.doktor ckp tunggu jer masanya akan tiba. Balik dari KK sempat lagi aku pg shopping kat pekan banting. Cari kain ela nk buat baju raya hehehe
ngan emak kat kedai kain =)

27 April 2011
takde rasa sakit pun lagi. Dah boring punya pasal, aku dengan rela hati tolong adik ipar aku amik borang nikah dia kat Kajang. Aku pg bertiga ngan kakak aku n emak. Aku lak tu yg drive. Balik dari kajang, pg umah MIL anta borang tu pastu singgah plak umah kawan mak. Haisshh dh jenuh berjalan, fahiim hanania tak gak kuar =)

28 April 2011
ha masa ni aku ada rasa contraction tp sket2 jer. Mmg false alarm pn. Start dlm lebih kurang kul 00.45am pastu kul 1 lebih dah stop. Aku pun tido ngan lenanya sampai subuh. Bgn pagi jer aku ckp kat mak, takde rasa pape pun... mak kata sabar lar, sok kot dia nk kuar.

29 April 2011
suma dah maklum. Due date fahiim hanania sama ngan besday aku so aku dgn excitednya tunggu sakit tu datang. Hahaha leh plak camtu. Tp tak dtg gak. Dari kul 00.00am sampai lar 23.59pm aku tunggu tp still takde pape. Sedih lar gak tgk ari n masa dah berlalu.

30 April 2011
org ckp kalo nk bb kuar awl kena byk berjalan. Doktor pn ada pesan. Tiap2 ari sejak aku cuti jenuh gak lar aku jalan keliling kawasan umah kakak aku tu tp tak bole gak so time ni lak aku pg jalan2 keliling jogging track kat stadium. Letih gak lar membawa perut keliling jogging track tu. Hehehe
iman n zariq teman aku berjalan kat jogging track


Bersambung dalam episod kedua
.:Kenangan Terindah di Labour Room:.

2 comments:

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin di SIHAT SELALU - Kurangkan Sakit Senggugut Dengan Bertungku

izfanora said...

lamanya tunggu baby.. :)